Pilih Bahasa :
 

Politeknik Berstatus Premier

PSA adalah politeknik bertaraf premier yang telah disasarkan mencapai status Universiti Politeknik pada 2015 serta menjadi institusi pilihan utama di rantau ini.

 

Kakitangan yang kompeten

Tenaga pengajar yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai atribut yang baik. Mempunyai kelayakan akademik yang sesuai dengan bidang pembelajaran.

 

Lokasi

PSA terletak di lokasi yang strategik dengan segala kemudahan asas, jaringan pengangkutan awam dan lebuhraya yang sistematik di bandaraya Shah Alam. PSA turut dikelilingi pelbagai industri dan institusi pengajian tinggi yang berprestij.

 

Kaedah Penyampaian Terkini

Bahasa Inggeris juga sebagai kaedah pembelajaran. Aplikasi pembelajaran abad ke-21 digunakan seperti MOOC, CDIO, Blended Learning dan lain-lain selaras dengan teknologi IR 4.0.

Institusi Pendidikan TVET Awam

Dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan di bawah kawal selia Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Proses pembelajaran yang seimbang di dalam bidang teori dan praktikal

Aspek pembelajaran teori dan praktikal diajar seiringan bagi membolehkan pelajar menguasai kemahiran yang diajar dengan pantas. Selain menghasilkan pelajar yang serba boleh, proses pembelajaran juga menyeronokkan dan meningkatkan semangat pelajar.

Yuran pengajian yang rendah

Yuran pengajian mendapat subsidi daripada kerajaan Malaysia. Pelajar layak mendapatan pinjaman PTPTN, JPA, Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam, SIRIM dan lain-lain agensi.

 

Kadar kebolehpasaran yang tinggi

Kadar kebolehpasaran yang melebihi standard kebangsaan yang telah ditetapkan. Mempunyai kolaborasi dengan industri bertaraf multinasional.

 

Bidang pendidikan TVET menepati keperluan industri

Menawarkan program peringkat Diploma dan Ijazah yang selari dengan keperluan National Key Economic Area (NKEA) dan dasar-dasar Kerajaan.

Terbuka kepada warganegara

Populasi pelajar yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama membolehkan para pelajar berinteraksi dan bergaul sesama sendiri sekaligus memupuk semangat untuk hidup dalam suasana aman dan muhibah.

Program Ijazah

Program ijazah yang menawarkan pendidikan yang berbentuk kos-efektif, berkualiti tinggi dan diiktiraf dan menggunakan pendekatan work-based learning.

 

Bidang Tujahan

Center for Medical Electronic Technology (CMET) menjadi pusat kalibrasi dalam bidang elektronik perubatan. Mendapat pengiktirafan ISO 17025 daripada Jabatan Standard Malaysia.