Pilih Bahasa :
 

Mengenai PPRN

PSA juara Anugerah PPRN

KUMPULAN penyelidik dan kakitangan PSA menjuarai Anugerah PPRN dalam kategori Penyedia Penyelesaian Terbaik anjuran KPT pada GECommunity 2017di Kuala Lumpur pada 13 Disember 2017.

  

Politeknik Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) muncul juara Anugerah Jaringan Penyelidikan Swasta-Awam (PPRN) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi pada 13 Disember 2017.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Persidangan Komuniti Keusahawanan Global (GECommunity) 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, semalam.

Politeknik Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) menjuarai kategori Penyedia Penyelesaian Terbaik. Anugerah PPRN yang julung kali diperkenalkan itu merupakan pengiktirafan Kementerian Pendidikan Tinggi kepada institusi pengajian negara yang mencatatkan pencapaian terbaik dalam program PPRN .

Inisiatif berkenaan bertujuan mewujudkan jalinan kerjasama antara pihak industri dan usahawan dengan institusi pengajian tinggi di seluruh negara dalam mencari penyelesaian berhubung permasalahan berkaitan industri.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, PPRN sehingga kini telah mewujudkan kerjasama melibatkan 495 syarikat dan 507 kumpulan penyelidik di 26 institusi pengajian tinggi sejak dilancarkan pada 24 Februari 2015.

“Inisiatif PPRN adalah untuk membangunkan penyelesaian inovatif kepada permasalahan melalui projek penyelidikan berasaskan permintaan daripada pihak industri dengan pelaksanaan kos yang efektif.

“Sehingga kini program ini telah menyelesaikan kira-kira 700 permasalahan yang dikemukakan oleh pihak industri,” katanya.

Idris berkata, pemilihan pemenang Anugerah PPRN dilakukan oleh juri profesional yang mempunyai latar belakang akademik dan industri berdasarkan kriteria dan prestasi pelaksanaan projek PPRN.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/usim-pssaas-juara-anugerah-pprn-1.572378#ixzz51CXqAf65
© Utusan Melayu (M) Bhd

 

Pemilikan Geran Industri 2016

Geran Public Private Research Network (PPRN)

Fakta Pemilikan

  • 15 geran Industri PPRN
  • Melibatkan jumlah peruntukan melebihi RM500,000.00
  • Penghasilan 15 mesin atau teknologi yang membantu IKS

 

       Penyerahan Siri I

  • Tarikh penyerahan pada 29 Julai 2016, bertempat di Anjung Bistari, PSA
  • Sebuah mesin yang diserahkan iaitu Mesin Char Kuey Teow Sauce Mixer yang bernilai RM49,900.00
  • Melibatkan pemilik dari Kaw Kaw Licious Enterprise
  • Ketua Penyelidik Dr. Mohd Elias bin Daud
 

 

 

Penyerahan Siri II

  • Tarikh penyerahan pada 24 November 2016
  • Bertempat di Dewan Serbaguna PSA
  • Enam buah mesin yang diserahkan iaitu Curry Puff Machine, Vadei Grinding Machine, Mould for Palm Sugar, Semi-auto Cheese Cake Machine, Coffee Sachet Packaging Machine dan Multi-shaped Dodol Packaging Machine yang kesemuanya bernilai RM202,200.00
  • Melibatkan pemilik dari Maley Enterprise, G.M. Enterprise, Manis Sokmo Enterprise, Era Management, Perniagaan Fajar Menyinsing dan Jaid Industri Enterprise
  • Ketua Penyelidik adalah En Yaakub bin Omar, Pn Norlia bt Ghazali, Pn Rohana bt Sahak dan Pn Annafaedzatul bt Mohd Amin

 

Penyerahan Siri III

  • Tarikh penyerahan pada 14 Februari 2017
  • Bertempat di RTC Gopeng, Ipoh Perak
  • Empat buah mesin yang diserahkan iaitu Fried Rice Paste Machine, Mesin Acuan Coklat Bar, Packaging Machine for Dry Bread dan Multi-size Ice Cream Filling Machine yang kesemuanya bernilai RM143,900.00
  • Melibatkan pemilik dari Ellycious Delight Enterprise, Hurul’s Homemade Chocolate, GR North (M) Sdn Bhd dan Zam Zam Ice Cream Sdn Bhd
  • Ketua Penyelidik adalah Dr Mohd Elias bin Daud, Cik Nurul Hayati bt Jamil, Pn Salhana bt Sahidin dan Dr Norasiah bt Muhammad

    

      Penyerahan Siri IV

  • Tarikh penyerahan pada 22 Februari 2017
  • Bertempat di Anjung Bistari, PSA
  • Empat buah mesin yang diserahkan iaitu Multi Purpose High Speed Mixer, Multi Purpose Smoke Machine, Cream Puff Process Machine dan Curry Puff Machine yang kesemuanya bernilai RM143,000.00
  • Melibatkan pemilik dari DT Chems Enterprise, Dyzie Mulia Enterprise, ARAA Delight Enterprise dan Imas Food Enterprise
  • Ketua Penyelidik adalah En Zulkhairi bin Khairudin, En Zulkarnain bin Hamid dan Pn. Jamilah bt Abbas