Pilih Bahasa :
 

 

Unit Industri Korporat dan Kebolehpasaran PSA atau singkatannya CISEC adalah merupakan satu unit dibawah unit sokongan akademik yang ditubuhkan dimana fungsinya adalah untuk membantu meningkatkan kebolehpasaran pelajar PSA. Unit CISEC memberikan fokus kepada pelajar semester akhir dimana pelajar-pelajar akan didedahkan dengan kursus-kursus yang memberi nilai tambah kepada pelajar PSA. Buat masa ini Unit CISEC mempunyai 6 org pegawai iaitu Ketua Unit CISEC, Pegawai CISEC, Pegawai Hubungan Industri, Pegawai Pengesanan Graduan, Pegawai 1L5G dan Pegawai Alumni. Unit CISEC berada sepenuhnya di bawah pengawasan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)

Fungsi dan peranan CISEC adalah :

  • Memudahkan jaringan dan kolaborasi di antara Politeknik dengan Industri
  • Menyediakan perkhidmatan dan maklumbalas terhadap keperluan industry terutama yang melibatkan kolaborasi dan penempatan kerja graduan
  • Meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan politeknik
  • Meningkatkan kadar bekerja graduan politeknik

 

Piagam Pelanggan

 Kami Akan Berusaha Untuk Memberikan Perkhidmatan Industri Korporat dan Kebolehpasaran Yang Profesional Bagi Meningkatkan Tahap Kebolehpasaran Pelajar PSA  Melalui Program-Program Industri Korporat Dan Kebolehpasaran.

  • Setiap Pelajar Akan Diberi Perkhidmatan Industri Korporat dan Kebolehpasaran Yang Sewajarnya Secara Profesional Di Unit Ini.
  • Setiap Pelajar Akan Diberi Perkhidmatan Berkaitan Kerjaya, Hubungan Industri, Pengesanan Graduan, dan Persatuan ALUMNI, Mengikut Keperluan dan Masa Yang Bersesuaian.
  • Setiap Pelajar Akan Diberi Penerangan Yang Ikhlas Mengenai Perkhidmatan Yang Dicadangkan Termasuk Risiko Dan Pilihan Yang Ada.
  • Setiap Pelajar Akan Dilayan Dengan Mesra, Bertimbang Rasa, Bersopan Santun, Jujur Dan Ikhlas.
  • Setiap Pelajar Yang Memerlukan Perkhidmatan Khusus Akan Dirujuk Kepada Pihak Yang Sewajarnya.

SKOP KERJA

1.Ketua Unit CISEC

  • Bertanggungjawab secara langsung kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik).
  • Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pentadbiran CISEC.
  • Bertanggungjawab merancang, mengurus, memantau dan melaporkan perlaksanaan program Kerjaya dan Kebolehdapatan Kerja Graduan di politeknik.
  • Bertanggungjawab merancang, mengurus, memantau dan melaporkan perlaksanaan program 1L5G.
  • Bertanggungjawab merancang, mengurus dan menjayakan kolaborasi dengan pihak industri.
  • Bertanggungjawab merancang, menyedia, mengurus, memantau dan melaporkan perolehan dan perbelanjaan kewangan CISEC.
  • Ahli Mesyuarat Pengurusan Teknikal Politeknik.
  • Pengerusi Jawatankuasa Kebolehdapatan Kerja Graduan, Projek 1L5G, Hubungan Industri dan Kerjaya Graduan Politeknik.
  • Menjalankan arahan tugas yang berkaitan dari semasa ke semasa.

 2.Pegawai CISEC

  • Bertanggungjawab kepada Ketua Unit CISEC Politeknik.
  • Merancang, mengurus, memantau, melaksanakan dan melaporkan pelaksanaan program Kebolehdapatan Kerja Graduan.
  • Mengenalpasti Program Kebolehdapatan Kerja Graduan dan menyediakan spesifikasi.
  • Mengurus dan melaksanakan program peningkatan kemahiran dan kompetensi graduan.
  • Mengenalpasti dan menguruskan peserta/pengiring ke Program Kebolehdapatan Kerja Politeknik.
  • Mengenalpasti dan menguruskan peserta bagi program Skim Kemahiran 1 Malaysia (SKK1M) dan Program Kebolehdapatan Kerja Graduan.
  • Melaksanakan arahan tugas yang berkaitan dari semasa ke semasa.

 3.Pegawai Hubungan Industri

  • Bertanggungjawab kepada Ketua CISEC .
  • Membantu, merancang, mengurus, memantau dan melaksanakan jaringan kolaborasi di antara politeknik dengan industri bagi tujuan mewujudkan peluang kerjaya kepada graduan politeknik.
  • Mengekalkan hubungan baik dengan pihak industri sedia ada.
  • Mengenalpasti pihak industri yang berpotensi untuk dijadikan rakan kolaborasi politeknik.
  • Merancang dan menguruskan majlis-majlis pertemuan dan diskusi dengan pihak industri.
  • Mengenalpasti pihak industri yang berpotensi menjadi bakal majikan kepada graduan politeknik.
  • Menyediakan dan memantau pangkalan data industri  yang terlibat secara langsung dengan CISEC.
  • Melaksanakan arahan tugas yang berkaitan dari semasa ke semasa.

4.Pegawai Tracer Study

  • Mengurus dan mentadbir pengesanan graduan.
  • Bertanggungjawab menguruskan pelaksanaan Kajian Pengesanan Graduan supaya berjalan dengan teratur dan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditentukan.
  • Bertanggungjawab memastikan Sistem Kajian Pengesanan Graduan dapat dilaksanakan dengan terancang, sistematik dan lancar.
  • Bertanggungjawab memantau pelaksanaan Kajian Pengesanan Graduan berjalan mengikut proses / prosedur kajian yang betul dari semasa ke semasa.
  • Bertanggungjawab menyediakan data / maklumat asas graduan untuk dimuatnaikkan ke Sistem Anjung Tracer Study yang boleh dicapai di http://jpt.mohe.gov.my/my3s/databuffet. Prosedur penggunaan sistem ini boleh dirujuk di manual pengguna yang telah diemel kepada semua pegawai pengesanan graduan politeknik.
  • Bertangungjawab mentadbirurus dan mengawalselia Sistem Kajian Pengesanan Graduan bagi memastikan segala data dan maklumat kajian yang diterima daripada responden adalah lengkap dan betul.
  • Bertanggungjawab merancang dan mengelola Sesi Taklimat Kajian Pengesanan Graduan kepada pelajar semester akhir.
  • Bertanggungjawab menganalisis data Kajian Pengesanan Graduan yang diperolehi daripada Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, JPP.
  • Bertanggungjawab menghasilkan Laporan Kajian Pengesanan Graduan yang baik dan bernilai supaya dapat memberi manafaat kepada pihak yang berkepentingan (stakeholder).
  • Bertanggungawab mengawalselia data dan maklumat serta hasil dapatan kajian yang diperolehi dari Sistem Kajian Pengesanan Graduan hanya dibekalkan kepada pihak yang berkepentingan dan pihak tertentu sahaja dengan kebenaran Pengarah supaya tidak disalahgunakan.
  • Bertanggungjawab mengedarkan Laporan Kajian Pengesanan Graduan kepada pihak yang sepatutnya.
  • Bertanggungjawab membuat hebahan hasil dapatan Kajian Pengesan Graduan kepada pihak yang berkepentingan (stakeholder).
  • Bertanggungjawab mendapatkan cadangan penambahbaikan terhadap sistem pengurusan dan sistem perkhidmatan institusi yang  mempunyai kelemahan ditemui dari hasil dapatan kajian daripada pihak berkenaan supaya dibuat kajian semula sistem yang berkaitan.
  • Bertanggungjawab memberikan pertimbangan yang sewajarnya ke atas cadangan maklumbalas daripada responden mengenai keberkesanan pelaksanaan sistem pengajian di institusi yang merangkumi aspek kandungan dan pelaksanaan kurikulum, sistem dan kaedah  penilaian, khidmat bimbingan kerjaya, keupayaan dan keterampilan tenaga pengajar, kepuasan terhadap perkhidmatan dan kemudahan prasarana serta kebolehan kemahiran & pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar  untuk dilapurkan ke dalam laporan Kajian Pengesanan Graduan.
  • Bertanggungjawab merancang dan mengadakan program bersesuaian seperti mesyuarat, kursus, bengkel, seminar, dialog dan sebagainya bagi membincangkan isu-isu berbangkit daripada hasil dapatan kajian supaya masalah yang timbul dapat diatasi dan diselesaikan.
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dan Pengarah.

5.Pegawai 1L5G

  • Bertanggungjawab kepada Ketua Unit CISEC
  • Membantu merancang, mengurus, memantau dan melaksanakan perlaksanaan projek 1L5G
  • Menyelaras perlantikan Pensyarah Mentor
  • Menyelaras pengagihan graduan di bawah seliaan Pensyarah Mentor di politeknik
  • Menyelaras sesi taklimat dan pendedahan konsep projek 1L5G kepada pelajar semester akhir
  • Mengurus pengkalan data graduan bagi projek 1L5G
  • Ahli Jawatankuasa Projek 1L5G Politeknik
  • Melaksanakan arahan tugas yang berkaitan dari semasa ke semasa.

6.Pegawai ALUMNI

  • Bertanggungjawab secara langsung kepada Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) dan Ketua Corporate Industry Services and Employment Centre (CISEC).
  • Bertanggungjawab untuk menubuhkan Persatuan Alumni di Politeknik dan membuat penyelarasan bersama dengan Pegawai Alumni KPTM dan AJK Persatuan Alumni PSA.
  • Bertanggungjawab menjayakan program dan aktiviti Persatuan Alumni di politeknik KPTM.
  • Mengurus dan mentadbir unit Alumni dan pusat Aktiviti Alumni di politeknik KPTM.
  • Menguruskan anggaran belanja mengurus unit Alumni PSA.
  • Mengurus penyediaan dan penyenggaraan alat kelengkapan unit Alumni.
  • Menghadiri Mesyuarat JawatanKuasa Penyelarasan Alumni Politeknik KPTM, Mesyuarat Agong dan Mesyuarat AJK Persatuan Alumni PSA.
  • Membuat hebahan dan menjana keahlian Persatuan Alumni.
  • Memantau perjalanan aktiviti Alumni PSA.
  • Mengumpul dan menguruskan pangkalan data keahlian dan bakal ahli Persatuan Alumni.
  • Membantu Persatuan Alumni dalam menyediakan maklumat untuk Laman Web Alumni Politeknik dan Laman Web PSA.
  • Menjalankan lain-lain tugas seperti yang diarahkan oleh Pengarah, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Ketua CISEC.

 

Hubungi Kami:-
PUSAT INDUSTRI KORPORAT DAN KEBOLEHPASARAN PSA (CISEC)
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Seksyen U1, Persiaran Usahawan,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Laman Web: www.psa.edu.my
Telefon : +603-5163 4000
Faks : +603-5569 1903
Email: