Pilih Bahasa :
 

Penubuhan Pusat Keusahawanan ini adalah merujuk kepada surat no. ruj. : KPT.JPP(0).603-1/12/1(27) yang menyatakan bahawa setiap politeknik disarankan menstruktur semula Unit Keusahawanan.   Selaras dengan itu, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan menstruktur semula unit Keusahawanan yang sedia ada selari dengan kehendak Jabatan Pengajian Politeknik.   Penubuhan pusat keusahawanan adalah amat penting untuk membantu pelajar-pelajar yang berminat untuk menjadi usahawan. Pusat keusahawanan ini akan menjadi platform awal kepada pelajar untuk mempelajari dan mendapat pengalaman menjadi usahawan yang sebenar sebelum mereka memasuki alam perniagaan yang sebenarnya. Dengan adanya pusat keusahawanan ini, pelajar akan mempraktikkan ilmu yang telah mereka pelajari di dalam kelas. Oleh yang demikian,penubuhan Pusat Keusahawanan merupakan usaha bagi meningkatkan bilangan graduan menjadi usahawan serta mewujudkan peluang kerjaya di masa depan.

 Fungsi Utama

  1. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau aktiviti/program keusahawanan di kalangan pelajar politeknik.
  2. Membudayakan dan menggerakkan kompetensi keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar PSA melalui program yang dirancang.
  3. Membangunkan aktiviti melalui kelab keusahawanan pelajar dan program inkubator PSA.
  4. Menjalinkan kolaborasi dengan agensi-agensi keusahawanan dan industri.
  5. Melaksanakan aktiviti dan program keusahawanan melalui jalinan keusahawanan sosial.
  6. Menyediakan ekosistem dan persekitaran keusahawanan yang merentasi bidang dan program di PSA.
  7. Menjadi pusat rujukan keusahawanan di kalangan pelajar di PSA dalam mengaplikasikan teori dan kemahiran keusahawanan.
  8. Memartabatkan nilai keusahawanan untuk mencungkil bakat dan atribut keusahawanan di kalangan pelajar bagi mencapai pengiktirafan sehingga ke peringkat antarabangsa.

 

Hubungi Kami:-
PUSAT PEMBANGUNAN USAHAWAN
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Seksyen U1, Persiaran Usahawan,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Laman Web: www.psa.edu.my
Telefon : +603-5163 4000
Faks : +603-5569 1903
Email: