Pilih Bahasa :
 

 

 

Perpustakaan

 

Perpustakaan merupakan pusat maklumat yang sangat penting terutama di pusat-pusat pengajian. Perpustakaan berfungsi sebagai pusat carian maklumat yang membantu penggunanya dalam proses penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran.

Perpustakaan Politeknik Shah Alam kini dikenali sebagai Perpustakaan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). Perpustakaan ini dibuka kepada penggunanya pada bulan Januari 1998 dan dirasmikan pada 12 Oktober 1998. Perpustakaan ini memberikan perkhidmatan kepada semua pelajar dan kakitangan PSA. Bangunan perpustakaan ini mempunyai keluasan lantainya 2624 meter persegi dan mampu menampung 400 orang pengguna dalam satu masa.

 

Objektif

  1. Mengesan, memperolehi, memproses, mengumpul, menyimpan, mengurus, menyedia dan menyebarkan sumber yang bersesuaian, berkualiti dan terkini dalam semua program anjuran politeknik.
  2. Memberi perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat.
  3. Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menarik, memupuk, menanam minat membaca dan membudayakan ilmu di kalangan warga kampus.
  4. Membantu melahirkan tenaga separa professional yang kreatif dan berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi.

 

VISI : Membangunkan koleksi berkualiti serta memberi perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan. 

MISI : Sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan melalui teknologi terkini bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berilmu pengetahuan 

FALSAFAH : Prasarana Berilmu Sejajar Teknologi Terkini.

 

 DASAR PERPUSTAKAAN  : Perpustakaan Politeknik Adalah Komited Untuk Menyediakan Koleksi Yang Berkualiti Serta Perkhidmatan Yang Efisyen dan Berhemah Bagi Memenuhi Kehendak Pelanggan Sejajar Dengan Visi, Misi dan Objektif Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

 

STRATEGI PELAKSANAAN

  1. Memantapkan Tenaga Kerja Perpustakaan Yang Kompeten dan Berdaya Maju.
  2. Memastikan Keperluan dan Kehendak Pelanggan Dipenuhi.
  3. Menyediakan Koleksi dan Perkhidmatan Yang Berkualiti.
  4. Mendukung Proses Pembelajaran dan Pengajaran Seiring Dengan Visi, Misi dan Objektif KPTM.

 

PIAGAM PELANGGAN : Kami kakitangan perpustakaan psa bertekad dan berazam akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk memastikan perkara-perkara berikut:

 Dalam norma biasa operasi:

  1. Memproses pinjaman bahan dalam masa 1 minit
  2. Memproses pemulangan bahan dalam masa 1 minit
  3. Memproses pembaharuan bahan dalam masa 1 minit

 

  1. Koleksi Am : Koleksi disusun di rak terbuka untuk bacaan dan peminjaman yang terdiri daripada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  2. Koleksi Rujukan : Koleksi rujukan disusun di rak terbuka dan hanya boleh dirujuk di perpustakaan sahaja. Koleksi rujukan terdiri daripada kamus, ensiklopedia, bahan panduan, bibliografi, almanak, thesaurus,dan sebagainya.
  3. Koleksi Terbitan Bersiri : Koleksi ditempatkan di ruang bacaan ringan yang terdiri daripada jurnal dan majalah. Koleksi ini hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja. Terbitan bersiri bagi tahun kebelakang boleh didapati dalam bentuk berjilid.
  4. Koleksi Suratkhabar : Perpustakaan melanggani 7 judul suratkhabar harian untuk pembacaan pengguna iaitu Utusan Malaysia, Berita Harian, Star, Sin Chiew Jit Poh, Tamil Nesan, Harian Metro dan Sinar Harian. Keluaran harian ditempatkan di Sudut Suratkhabar dan keluaran terdahulu disimpan di dalam Bilik AVA selama seminggu.
  5. Koleksi Audio Visual :Perpustakaan mempunyai koleksi Audio Visual yang terdiri daripada CD-ROM, Disket, Pita Video, Pita Audio dan Kit Multimedia. Koleksi media ini mengandungi maklumat dalam bidang pengurusan, pengetahuan am, komputer grafik, agama, sains & teknologi dan sebagainya. Bahan-bahan ini disimpan di dalam Bilik AVA. Koleksi ini boleh dipinjam oleh staf selama seminggu manakala tempoh pinjaman untuk pelajar ialah 3 hari.
  6. Laporan Latihan Industri (LLI) & Soalan Peperiksaan : Boleh didapati di rak-rak yang dikhaskan dan disusun mengikut jabatan. Koleksi ini hanya boleh dirujuk di dalam Perpustakaan sahaja.
  7. Koleksi Kanak-kanak : Bahan-bahan dalam koleksi ini terdiri daripada ensiklopedia, buku cerita dan bahan rujukan.

 

Unit Pembangunan dan Senggaraan

 

Unit Pembangunan Dan Senggaraan atau ringkasnya dikenali UPSG bertanggungjawab terhadap segala pemeliharaan bangunan dan infrastruktur PSA agar berada dalam keadaan baik. Keutamaan yang diberikan adalah memastikan proses P&P berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Kakitangan UPSG terdiri daripada seorang Jurutera merangkap Pegawai Pembangunan Dan Senggaraan, seorang Penolong Jurutera, seorang Juruteknik Kanan Tertinggi, dua orang Juruteknik Kanan dan lapan orang Juruteknik.

UPSG adalah dibawah pentadbiran Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik).

Peranan UPSG:

  1. Menyediakan perkhidmatan senggaraan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.
  2. Menyelesaikan sesuatu aduan kerosakan secepat mungkin atau dalam masa lima hari bekerja bagi aduan kerosakan yang hanya memerlukan alat ganti dan kepakaran dalaman.
  3. Meyelesaikan sesuatu aduan kerosakan dalam masa lima hari bekerja selepas alat gantian dan kepakaran luar diperolehi bagi aduan kerosakan yang memerlukan alat ganti dan kepakaran luar.

Unit Teknologi Maklumat

Unit Teknologi Maklumat (UTM) dipertanggungjawabkan untuk memberi perkhidmatan ICT dalam aktiviti pengurusan, pengajaran dan pembelajaran di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). Antara perkhidmatan ICT yang di berikan adalah:

  1. Pengurusan dan Perolehan ICT
  2. Pengurusan dan Penyelenggaraan Peralatan ICT
  3. Pengurusan Penggunaan dan Penyelenggaraan Sistem Aplikasi
  4. Penyelenggaraan dan Keselamatan Sistem Rangkaian.

OBJEKTIF

  1. Membangun dan menguruskan sistem maklumat yang cekap dan berkualiti
  2. Menentukan kualiti, keselamatan dan kesahihan maklumat terjamin
  3. Menyediakan kemudahan dan infrastruktur pangkalan data yang berkesan
  4. Meningkatkan tahap kesedaran kearah keberkesanan penggunaan sistem maklumat di kalangan staf Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
  5. Membangun dan menyelenggara Portal Rasmi PSA.

Unit Teknologi Maklumat (UTM) dipertanggungjawabkan untuk memberi perkhidmatan ICT dalam aktiviti pengurusan, pengajaran dan pembelajaran di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). Antara perkhidmatan ICT yang di berikan adalah:

  1. Pengurusan dan Perolehan ICT

Memberi khidmat nasihat kepada pihak pengurusan dalam pengurusan dan perolehan ICT serta memastikan perolehan dibuat mendapat kelulusan JPICT dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

  1. Pengurusan dan Penyelenggaraan Peralatan ICT

Aktiviti pengurusan dan penyelenggaraan peralatan ICT yang dijalankan oleh UTM adalah Corrective Maintenance (CM) perolehan aset ICT yang telah diterima dari tahun 1999. Aktiviti CM dilakukan berterusan sepanjang tahun oleh Juruteknik UTM di Jabatan/Bahagian/Unit berdasarkan aduan yang diterima daripada kakitangan PSA menerusi sistem helpdesk: http://apps02.psa.edu.my/eHelpdesk/ Sementara itu, Preventive Maintenance (PM) di PSA dijalankan secara berkala dua kali setahun bagi memastikan peralatan ICT berada di dalam keadaan baik dan berfungsi sepenuhnya.

  1. Pengurusan Penggunaan dan Penyelenggaraan Sistem Aplikasi

UTM terlibat secara langsung dalam merancang, membangun dan menyelenggara sistem aplikasi yang ada di PSA. Taklimat dan latihan melibatkan kakitangan UTM dan pemilik proses sistem aplikasi juga dijalankan bagi memastikan sistem dapat digunakan dengan baik.

  1. Penyelenggaraan dan Keselamatan Sistem Rangkaian

Bagi memastikan sistem pengoperasian rangkaian PSA dan prasarana ICT sentiasa beroperasi dengan baik dan berjalan dengan lancar di PSA, UTM sentiasa membuat pemantauan rangkaian menerusi sistem NMS-Network Monitoring System, Portal MYREN, Sistem Firewall dan Sistem Penapisan E-mail.