Pilih Bahasa :
 

Unit Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (UPI) menguruskan penyelidikan, inovasi, perlindungan harta intelek dan khidmat perundingan. Unit ini mengendalikan kolokium penyelidikan dan seminar-seminar sebagai platfom untuk berkongsi pengetahuan seiring dengan perkembangan teknologi dan penemuan baru. Bengkel-bengkel penyelidikan dan inovasi juga dijalankan sepanjang tahun bagi menggalakkan dan melatih staf akademik kepada penyelidikan dan inovasi. Unit ini juga menganjurkan pertandingan inovasi untuk kakitangan politeknik dan pelajar untuk mempamerkan produk inovatif mereka. UPI juga memantau dan membantu permohonan geran serta menerbitkan kertas kerja penyelidikan.

 

 Visi 

  • Untuk mencapai kecemerlangan sebagai unit pengurusan penyelidikan bagi
    penyelidikan global, inovasi, perundingan dan penerbitan.

Misi

  • Untuk meningkatkan keupayaan kreatif dan inovatif institusi melalui pengurusan kualiti

 

Objektif

  • Mengurus, menyelaras dan menyediakan perkhidmatan yang berkaitan untuk kecemerlangan penyelidikan, inovasi, perundingan dan penerbitan penyelidikan.
  • Menyebarkan maklumat dan memberi latihan untuk penyelidikan, perundingan dan penerbitan.

 

 

Hubungi Kami:-

UNIT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Seksyen U1, Persiaran Usahawan,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Laman Web: www.psa.edu.my
Telefon : +603-5163 4000
Faks : +603-5569 1903