Pilih Bahasa :
 

Unit Peperiksaan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah terdiri daripada seorang Ketua Pegawai Peperiksaan, seorang Pegawai Peperiksaan (Rekod Dan Pensijilan), seorang Pegawai Peperiksaan (Pengurusan Penilaian), seorang Penyelaras dari setiap jabatan induk dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir.

Unit Peperiksaan bertanggungjawab terhadap segala aktiviti berhubung peperiksaan akhir semester di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) bertanggungjawab terhadap segala aktiviti berhubung peperiksaan akhir di politeknik mengikut peruntukan dan garis panduan seperti yang terkandung di dalam "Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 12 Februari 2009”.

Jawatankuasa Peperiksaan PSA terdiri daripada Pengarah PSA (Pengerusi), Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Ketua Pegawai Peperiksaan (Setiausaha), Ketua-ketua Jabatan Akademik dan mana-mana Pegawai yang dilantik oleh Pengarah.

Jawatankuasa Peperiksaan PSA dengan kuasa yang diperturunkan oleh Lembaga Peperiksaan dan Penanugerahan Sijil/Diploma Politeknik-Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bertanggungjawab :

  1. Menentukan dasar berhubung perjalanan peperiksaan di politeknik
  2. Membuat dan mengumumkan keputusan peperiksaan
  3. Memastikan peraturan-peraturan peperiksaan dipatuhi
  4. Memutuskan kedudukan pelajar yang tidak mencapai tahap akademik yang memuaskan
  5. Menentukan tindakan disiplin yang akan diambil ke atas  pelajar yang melanggar peraturan peperiksaan
  6. Mempertimbangkan dan memutuskan rayuan yang dikemukakan oleh pelajar berhubung dengan keputusan peperiksaan

 

Takwim aktiviti Peperiksaan Politeknik KPTM dikeluarkan oleh Politeknik Port Dickson sebagai politeknik penyelaras. Takwim Peperiksaan telah menetapkan tarikh-tarikh penting berkaitan dengan aktiviti peperiksaan akhir semester.

Berpandukan takwim tersebut, maka Unit Peperiksaan bertanggungjawab melaksanakan :

  1. Penggubalan soalan untuk peperiksaan akhir
  2. Pertukaran deraf soalan
  3. Pengurusan bank soalan
  4.  Penyediaan kertas soalan peperiksaan
  5. Penyediaan jadual waktu pengawasan
  6. Pengawasan peperiksaan
  7.  Penyemakan skrip jawapan peperiksaan
  8. Pemprosesan markah
  9. Pengeluaran keputusan peperiksaan 
  10. Penganalisaan keputusan peepriksaan akhir semester
  11. Penyedian keputusan peperiksaan akhir semester untuk perbentangan dan pengesahan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
  12. Penyedian keputusan peperiksaan akhir semester untuk perbentangan dan pengesahan oleh Lembaga Peperiksaan
  13. Penyediaan sijil/diploma untuk konvokesyen

 

Piagam Pelanggan

  1. Memproses keputusan peperiksaan dalam masa 5 hari bekerja selepas tamat peperiksaan akhir .
  2. Mengumumkan keputusan peperiksaan pada tarikh keputusan rasmi.
  3. Mengeluarkan sijil/diploma kepada lulusan berdasarkan perakuan Lembaga Peperiksaan Dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik KPTM.
  4. Menerima dan menyelesaikan sebarang aduan dengan kadar segera .

 

HUBUNGI KAMI:

UNIT PEPERIKSAAN
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Seksyen U1, Persiaran Usahawan,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Laman Web: www.psa.edu.my
Telefon : +603-5163 4000
Faks : +603-5569 1903
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.