Pilih Bahasa :
 

PENGENALAN

Jabatan Sukan Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) merupakan jabatan yang menguruskan hal-hal berkaitan sukan, kokurikulum berkredit dan aktiviti kebudayaan dan kesenian di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. JSKK memastikan kecemerlangan dalam bidang sukan, kokurikulum dan kebudayaan selari dengan KPI politeknik samada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa. Kokurikulum di politeknik meliputi segala kegiatan di luar bilik kuliah seperti sukan, badan uniform dan kelab persatuan. Ia merupakan satu bidang pembelajaran yang memberi penumpuan ke arah pemupukan dan perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognitif dan afektif.

JSKK juga bertanggungjawab ke atas pembangunan aspek-aspek yang berkaitan dengan sukan, kokurikulum dan kebudayaan dalam kalangan pelajar dan kakitangan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Azizi Shah. Pelbagai kemudahan dan aktiviti sukan, ko-kurikulum dan kebudayaan disediakan sama ada berbentuk kompetitif mahupun rekreasi untuk membantu meningkatkan bakat-bakat semulajadi dalam bidang sukan dan pengurusan sukan. Penglibatan aktif dalam aktiviti-aktiviti sukan, ko-kurikulum dan kebudayaan diharap dapat meningkatkan pembangunan fizikal, sosial dan mental pelajar serta meningkatkan kemahiran pengurusan sukan dalam kalangan kakitangan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2015-2025, terdapat 10 lonjakan utama bagi mentransformasikan sistem pendidikan negara dan salah satu antaranya adalah lonjakan 1 iaitu melahirkan graduan yang holistik dan seimbang.Graduan holistik dan seimbang adalah mereka yang mempunyai ilmu dan akhlak yang mewujudkan sifat-sifat intelek,rohani,emosi dan fizikal yang membantu perkembangan peribadi mereka dan mempunyai keupayaan untuk menyumbang sebagai warganegara yang aktif kepada masyarakat nasional dan global. Peranan ke arah itu sentiasa di titik beratkan oleh Jabatan Sukan Kokurikulum dan kebudayaan (JSKK) selaras juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan kedua-dua cabang akhlaq dan ilmu tersebut bagi melengkapkan pelajar sebagai masyarakat yang patriotik dan menyumbang kepada negara.

Program dan inisiatif yang membangunkan komponen bukan akademik dilaksanakan di dalam bilik kuliah dan menerusi aktiviti kokurikulum. Kementerian telah menetapkan setiap pelajar mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya 1 sukan, 1 kelab dan 1 badan beruniform bagi membina bakat dan memupuk minat, di samping membentuk kemahiran kepimpinan.  Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum memberikan pelajar peluang untuk membangunkan bakat dan minat mereka di luar persekitaran bilik darjah yang formal. Kementerian juga akan mengkaji kemungkinan mewajibkan penglibatan ini sebagai syarat tamat pengajian dan pemberian biasiswa di peringkat pendidikan tinggi.

Aktiviti yang dianjurkan oleh JSKK sememangnya meliputi segala kegiatan di luar bilik kuliah seperti sukan, unit uniform, kelab dan persatuan. Kegiatan harus mengandungi unsur-unsur perkembangan nilai yang boleh membantu proses pembentukan diri bagi menjadikan mereka warga negara yang lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Segala aktiviti yang dirancang bertujuan untuk para pelajar mengamalkan gaya hidup yang sihat disamping membentuk pelajar yang berketerampilan dan mempunyai semangat, jatidiri, dan berdisiplin serta bersedia menghadapi cabaran dan menjadikan satu aktiviti yang dapat mengisi masa lapang sepanjang pengajian.

JSKK terbahagi kepada tiga unit iaitu Unit Kokurikulum Berkredit, Unit Sukan  serta Unit Kebudayaan . Setiap unit adalah bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengendalikan aktiviti berkaitan yang memberi impak kepada KPI Politeknik sepanjang tahun samada di peringkat PSA, kebangsaan maupun antarabangsa.

 

UNIT KOKURIKULUM BERKREDIT

Unit ini terbahagi kepada 3 unit kecil iaitu:

  1. Unit Sukan Berkredit
  2. Unit Kelab Berkredit
  3. Unit Beruniform Berkredit

Kokurikulum berkredit ini telah mula diwajibkan kepada semua politeknik mulai sesi Disember 2014. Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Antara matlamat pelaksanaan kursus kokurikulum di politeknik adalah seperti:

  1. Meningkatkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran khusus di dalam bidang sukan,kelab/persatuan atau unit beruniform di kalangan pelajar.
  2. Mengukuhkan kemahiran insaniah melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum yang terancang.
  3. Membantu pelajar agar menjadi seorang yang aktif, kreatif, berfikiran kritis, inovatif dan mempunyai sahsiah kepimpinan yang baik.
  4. Memperkukuhkan semangat kerja berpasukan dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran global.
  5. Membantu pihak institusi melahirkan graduan yang berketrampilan dan harmonis dalam aspek-aspek intelek rohani, emosi dan jasmani.

Terdapat 2 laluan yang telah disediakan dan pelajar diberi pilihan untuk memilih sama ada Laluan 1 atau Laluan 2. Deskripsi laluan-laluan tersebut adalah seperti berikut.

Program Diploma

Laluan 1

  1. Memilih salah satu opsyen sukan pada semester 1. (Rujuk Kursus Sukan Berkredit)
  2. Memilih salah satu opsyen Kelab/Persatuan pada Semester 2. (Rujuk Kursus Kelab Berkredit)

Laluan 2

  1. Memilih salah satu opsyen Unit Beruniform dari Semester 1 hingga Semester 5. (Rujuk Kursus Unit Beruniform Berkredit)

 

UNIT SUKAN BERKREDIT

Unit ini bertanggungjawab bagi menyelaras dan mengendalikan semua aktiviti yang melibatkan sukan. Fokus akan diberikan kepada penguasaan dan kemahiran khusus berkaitan latar belakang sukan,konsep kecergasan dan kecederaan sukan,asas permainan,asas kepegawaian dan kepengendalian dan mengorganisasi pengelolaan aktiviti sukan.

Kursus Sukan Berkredit yang disenaraikan di bawah adalah yang ditawarkan bagi semua Politeknik Malaysia pada Semester Dua bagi program Diploma. Bagi Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kursus-kursus DRS yang ditawarkan adalah tertakluk kepada kompetensi pensyarah dan kemudahan fasiliti yang terdapat di PSA.

Kursus Sukan Berkredit (MPU24011) Program Diploma

 
BIL NAMA KURSUS
1.  Badminton
2.  Bola Baling
3.  Bola Jaring
4.  Bola Keranjang
5.  Bola Sepak
6.  Bola Tampar
7.  Catur
8.  Dart
9.  Golf
10.  Hoki
11.  Karate Do
12.  Karom
13.  Memanah
14.  Olahraga
15.  Ping Pong
16.  Ragbi
17.  Scrable
18.  Sepak Takraw
19.  Silat
20.  Skuasy
21.  Sofbol
22.  Taekwando
23.  Tenis
24.  Tenpin Boling
25.  Boling Padang
26.  Futsal
27.  Kayak
28.  Orienteering
29.  Petanque
30.  Woodball
31.  Berbasikal
32.  Dogdeball
33.  Ultimate Frisbee
34.  Tai Chi Gong
35.  Ragbi Sentuh
36.  Permainan Tradisional

 

UNIT KELAB BERKREDIT

Unit ini bertanggungjawab bagi menyelaras dan mengendalikan semua aktiviti yang melibatkan kelab. Aktiviti kelab mefokuskan kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran khusus secara holistik bagi mengukuhkan pembentukkan kemahiran insaniah pelajar yang positif melalui latihan amali khidmat masyarakat sama ada di dalam atau di luar kampus.

Kursus Kelab Berkredit yang disenaraikan di bawah adalah yang ditawarkan pada Semester 2 yang memilih Laluan 1 bagi semua Politeknik Malaysia untuk program Diploma. Bilangan kursus kelab yang ditawarkan juga adalah mengikut kuota dan enrolmen bilangan pelajar semasa bagi pelajar yang memilih untuk mengikuti Laluan 1.

Kursus Kelab Berkredit (MPU24021) Program Diploma

BIL NAMA KURSUS
1.  Amalan 5S
2.  Audio Visual
3.  B Inggeris
4.  Dikir Barat
5.  Fotografi
6.  Inovasi & Rekacipta
7.  Kaunseling
8.  Kembara
9.  Keusahawanan
10.  Kompang
11.  Komputer
12.  Layang-layang
13.  Mesra Alam
14.  Nasyid
15.  Pengguna
16.  Study Circle
17.  Tarian Tradisional
18.  Kaligrafi
19.  Bahasa Arab
21.  Bahasa Inggeris
22.  Bahasa Sepanyol
23.  Bahasa Jerman
24.  Bahasa Jepun
25.  Bahasa Perancis
26.  Ilmu Wahyu
27.  Boria

 

UNIT BADAN BERUNIFORM BERKREDIT

Unit ini bertanggungjawab bagi menyelaras dan mengendalikan semua aktiviti yang melibatkan badan-badan beruniform disetiap peringkat. Matlamat utama unit ini adalah bagi melahirkan graduan yang berktrampilan, mempunyai sifat kepimpinan yang inovatif serta jati diri yang tinggi di samping memupuk semangat muhibah dan perpaduan. Unit beruniform yang ditawarkan di PSA setakat ini adalah PISPA, RELASIS, PLAS TLDM, PANDU PUTERI, PENGAKAP KELANA.

Antara aktiviti dan pertandingan yang pernah disertai oleh Unit Beruniform PSA adalah seperti:-

  1. Akademi Latihan Rela Malaysia (ALARM) bagi RELASIS PSA
  2. Perkhemahan Latihan Kendiri Kadet PISPA PSA
  3. Latihan Ilmu Perang dan Kaedah Menyelamat (CMT) Relasis PSA dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
  4. MalPRAC bagi RELASIS
  5. MalPCiDAC bagi PISPA
  6. Latihan Menembak Senjata Kecil M4 Carbine – PLAS TLDM
  7. Latihan “Fitness Orientation And Mental Development Exercises” – PLAS TLDM

Antara kejayaan membanggakan yang telah dicapai oleh pasukan Unit Beruniform PSA adalah seperti:-

  1. Johan dalam Pertandingan Kawad Antara Mukim Piala Pegawai Rela Daerah Petaling 2015 (RELASIS).
  2. Johan Keseluruhan dalam 2nd MalPCiDAC (Johan Explorace, Johan Kebudayaan dan Tempat ke-3 Kawad Kaki) (PISPA)
  3. Tempat ke-4 Keseluruhan dalam 2nd MalPRAC 2015 (Naib Johan Kawad Kaki dan Tempat Ke-3 Explorace) (RELASIS)
  4. PISPA dianugerahkan Anugerah Pasukan Unit Beruniform Terbaik dan Anugerah Pelatih Unit Beruniform Terbaik dalam Anugerah Sukan dan Kokurikulum PSA 2014
  5. PLASTLDM dan RELASIS turut dianugerahkan Pelatih Unit Beruniform Terbaik dalam Anugerah Sukan dan Kokurikulum PSA 2014
  6. Tempat ke-4 Keseluruhan dalam Pertandingan Kawad Kaki Sempena Perbarisan Ambang Kemerdekaan Ke 57 Peringkat Negeri Selangor
  7. Johan keseluruhan bagi MalPRAC 2018
  8. Johan Keseluruhan bagi MalPRAC 2019

 Kursus Unit Beruniform Berkredit

  1. Askar Wataniah*
  2. PLAS TLDM
  3. PLAS TUDM*
  4. PISPA
  5. Briged Relasis
  6. Pengakap Kelana Politeknik Darat*
  7. Pengakap Kelana Politeknik Laut*
  8. Pengakap Kelana Politeknik Udara*

 *Badan uniform yang tidak ditawarkan di PSA.

 

UNIT SUKAN

Unit ini bertanggungjawab terhadap menguruskan penganjuran aktiviti sukan peringkat Politeknik, Majlis Sukan Politeknik Malaysia dan lain-lain kejohanan . Selain itu juga, unit ini berperanan khusus dalam menyediakan pembangunan sukan pelajar, atlet berprestasi tinggi dan pegawai selari dengan  pertandingan-pertandingan sukan yang dikelolakan dalam dan luar negara. Sesi pemilihan atlet bagi kejohanan-kejohanan tertentu akan ditetapkan mengikut kesesuaian masa semua pihak termasuk jurulatih, fasiliti, dan atlet PSA ,mengikut Takwim Majlis Sukan Politeknik Malaysia  dan PSA. Antara kejohanan-kejohanan besar yang disertai oleh atlet dan pegawai adalah Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT), Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA), Sukan Malaysia (SUKMA), Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM), Sukan SEA, Sukan Para ASEAN dan Sukan Asia.

Majlis Sukan Politeknik (MSP) telah memberi kepercayaan dengan melantik PSA sebagai Pusat Pembangunan Sukan (PPS) Politeknik Malaysia fokus dalam menyediakan kemudahan fasiliti sukan, kepakaran jurulatih dan pegawai serta pembangunan atlet seluruh politeknik Malaysia khusus bagi acara yang ditetapkan. Berikut merupakan senarai PPS yang pernah diselia tadbir oleh PSA.

  1. Pusat Pembangunan Sukan (Ragbi), 2009 – 2012
  2. Pusat Pembangunan Sukan (Tenpin Boling), 2017 - 2019
  3. Pusat Pembangunan Sukan (Woodball), 2019 – kini
  4. Pusat Pembangunan Sukan (Badminton), 2019 - kini

Selain itu juga beberapa kolaborasi sukan dan strategik juga telah ditandatangani secara rasminya antara PSA dengan beberapa kelab sukan ternama di Malaysia.

  1. Kolaborasi Ragbi dengan Kelab Ragbi COBRA – 2015
  2. Kolaborasi Strategik Woodball dengan Kelab Woodball Metropolitan KL - 2020

Unit Sukan juga menubuhkan Kelab Sukan (SPORTREC) terdiri daripada sukarelawan pelajar yang berperanan sebagai rakan sukan dalam membantu pengurusan sukan di PSA. Antara  aktiviti kendalian SPORTREC seperti gotong royong pusat sukan, sukarelawan sukan, penganjuran sukan rakyat dan jabatan, aktiviti ‘teambuilding’, ekpedisi kembara dan keusahawan.

Antara beberapa kejayaan dan penyertaan atlet yang telah dicapai adalah:-

  1. Anugerah Olahragawan PolySEA – Atlet Hoki
  2. Anugerah Olahragawan Atlet Paralimpik PolySEA – Atlet Bolasepak
  3. Johan Berpasukan Tenpin Bowling SUKIPT
  4. Johan berbasikal Kejohanan Jamboree Antarabangsa Jeli, Kelantan
  5. Johan dan Ketiga Kategori Staf Woodball IPT
  6. Johan Kejohanan Liga Futsal Politeknik Malaysia
  7. Johan Kejohanan E-Sport East Cost Open 2019
  8. Penyertaan Atlet PSA ke Liga Hoki Scotland
  9. Emas Kejohanan Menembak 10M Antara Universiti
  10. Johan Keseluruhan Kejohanan Racketlon (Badminton, Skuasy, Tenis & Ping Pong)
  11. Penyertaan Atlet Asian Futsal Championship U20
  12. Penyertaan Atlet ke Deaflympic, Samsun Turki
  13. Naib Johan Kejohanan Ragbi Wanita Jemputan VOCLAB Labuan
  14. Penyertaan Atlet PSA ke Futsal AFC 2019
  15. Naib Johan Kejohanan Lawnbowl Politeknik Malaysia
  16. Brunswick Bowling Euro Germany Championship
  17. Penyertaan Atlet Badminton PSA di Kejohanan Junior Purple League
  18. Johan dan Naib Johan Kejohanan Ragbi Poly 10s

 

UNIT KEBUDAYAAN DAN WARISAN

Unit ini bertangungjawab terhadap pencarian bakat baharu didalam bidang kesenian dan kebudayaan seperti nyanyian, tarian, teater dan sebagainya serta ditugaskan bagi mengurus dan menyedia para pelajar bagi menyertai persembahan dan pertandingan anjuran dalaman, peringkat luar dan antarabangsa. Antara program pengantarabangsaan yang telah disertai Unit Kebudayaan PSA adalah Program Pengantarabangsaan Sosio Budaya Malaysia - Thailand anjuran Unit Kebudayaan Politeknik Zon Tengah yang bertujuan menyelami sosio budaya masyarakat Selatan Thai serta berpeluang melawat Prince of Songkla University, yang merupakan universiti penyelidikan yang terbaik di Selatan Thailand bagi memberi pendedahan dan mencari peluang kerjasama pada masa yang akan datang dengan politeknik masing-masing dalam pelbagai bidang khususnya kebudayaan.

Antara aktiviti yang dijalankan seperti:-

  1. Menyertai pertandingan Drama Pentas Tamil, Oranga Naadagam 2015 Anjuran Vanakkam Malaysia Dot Com dan Astro Vaanavil
  2. Menganjurkan PSA X-Factor
  3. Menyertai pertandingan Busking dan Battle of The Band Politeknik Malaysia 2015
  4. Menyertai program Pengantarabangsaan Sosio Budaya Malaysia Thailand (Politeknik Zon Tengah)

Antara pencapaian dalam pertandingan yang boleh dibanggakan adalah seperti:-

  1. Mendapat tempat ke -4 dan persembahan terbaik dalam Battle Of The Band Politeknik Malaysia 2015, Politeknik Ungku Omar Ipoh.
  2. Mendapat tempat Ketiga dalam Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Selangor.
  3. Mendapat tempat Ketiga dalam pertandingan Jurnal Foto dalam Jalinan Warisan : Eksplorasi Negeri Di Bawah Bayu.

 

HUBUNGI KAMI:

JABATAN SUKAN KOKURIKULUM DAN KEBUDAYAAN
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Seksyen U1, Persiaran Usahawan,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Laman Web: www.psa.edu.my
Telefon : +603-5163 4000
Faks : +603-5569 1903
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.