Pilih Bahasa :
 

PERDAGANGAN

Jabatan Perdagangan (JPG) diperkenalkan mulai Julai 1997. Kini, Jabatan Perdagangan menawarkan empat program Diploma iaitu Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Insurans, Diploma Pemasaran dan Diploma Perniagaan Antarabangsa. Bilangan pensyarah setakat ini adalah seramai 52 orang. Jumlah pelajar semasa di jabatan ini adalah lebih kurang 1,450 orang. Jabatan Perdagangan dilengkapi dengan bilik kuliah, makmal komputer, dewan kuliah dan bilik sokongan perniagaan.

Misi

Melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti dan mantap dalam ilmu perniagaan sebagai sumbangan kepada keperluan dan pembangunan negara.

Visi

Menyediakan pendidikan serta latihan yang bertaraf dunia untuk menyediakan golongan sub-profesional dalam bidang perniagaan.

Aktiviti warga Jabatan Perdagangan dapat dilayari melalui https://www.facebook.com/JpgPsa

 

CARTA ORGANISASI

 

 

 

DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN

Diploma Pengajian Perniagaan berhasrat meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelajar merentasi bidang perniagaan yang luas serta menyediakan pelajar untuk berhadapan dengan cabaran kerjaya dalam persekitaran perniagaan kontemporari.Ianya adalah program pengajian yang dinamik bagi pelajar yang berhasrat untuk membangunkan kemahiran dalam bidang pengajian yang luas seperti pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans perbankan dan juga keusahawanan. Pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama 6 bulan (1 semester) bertujuan memberi peluang kepada mereka untuk mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi secara teori.


DIPLOMA PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Diploma Perniagaan Antarabangsa merupakan salah satu program yang paling popular dan paling dicari oleh majikan. Ia dibangunkan bagi membantu pihak pengurusan untuk merancang, melaksana dan menggunakan kemahiran yang diperolehi daripada program ini dalam industri perniagaan antarabangsa. Kandungan kursus juga direka untuk mendidik para pelajar dengan pengetahuan yang komprehensif dan kemahiran yang berkaitan dengan perniagaan antarabangsa. Diploma Perniagaan Antarabangsa merangkumi pengurusan eksport dan import, penyelarasan aktiviti pemasaran antarabangsa dan penyelidikan bagi tujuan perniagaan antarabangsa. Program ini juga memberi pengetahuan asas tentang kepentingan perdagangan antara negara, kepentingan hubungan baik antara kerajaan, pengetahuan tentang sistem undang-undang, risiko negara dan insurans, pengurusan kewangan, keperluan mata wang asing, pengurusan rantaian bekalan, pengurusan penawaran dan permintaan serta aktiviti logistik. Semua pelajar perlu menjalani enam bulan latihan industri pada semester akhir untuk menimba pengalaman bekerja dan pemahaman yang lebih mendalam tentang dunia perniagaan.

DIPLOMA PEMASARAN

Program Diploma Pemasaran menyediakan pelajar dengan peluang untuk mendapatkan pengetahuan dan prinsip pemasaran dan membentuk kemahiran dan teknik yang digunakan oleh pengamal pemasaran dalam persekitaran perniagaan yang komprehensif. Objektif utama adalah untuk meningkatkan keupayaan pelajar untuk menjalankan tugas-tugas pemasaran yang terdiri daripada campuran pemasaran,gelagat pengguna dan penyelidikan pemasaran sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa. Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai persekitaran yang memberi kesan kepada aktiviti pemasaran. Pelajar juga akan menjalani latihan industry selama 6 bulan (1 semester). Program ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan yang diperlukan untuk memahami kepentingan peranan pemasaran dalam kejayaan organisasi perniagaan.

 

DIPLOMA INSURANS

Insurans merupakan salah satu industri perkhidmatan kewangan yang berkembang pesat di Malaysia dan dijangka terus membangun selari dengan pembangunan ekonomi Malaysia. Program Diploma Insurans diformulasi untuk melahirkan graduan berkelayakan bagi memenuhi pakar berkemahiran di dalam industri insurans. Memiliki pelbagai tahap kompleksiti pembelajaran menjadikan program ini sangat berharga kepada pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran meliputi aspek penting amalan insurans, jenis perlindungan insurans, aspek perundangan insurans, pengunderitan, pengelolaan tuntutan dan pelajar juga didedahkan dengan latihan industri selama 6 bulan (1 semester) sebagai persediaan ke dunia pekerjaan sebenar.

 

HUBUNGI KAMI:

JABATAN PERDAGANGAN
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Seksyen U1, Persiaran Usahawan,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Laman Web: www.psa.edu.my
Telefon : +603-5163 4000
Faks : +603-5569 1903
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.