Pilih Bahasa :
 

Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) merupakan salah satu jabatan induk di PSA. Jabatan ini mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Jun 1997. Ianya terletak bersebelahan dengan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Perdagangan.

Terdapat 6 blok bangunan di jabatan ini dengan kos keseluruhan bangunan bloknya ialah RM2,993,255. JKE diuruskan oleh seorang Ketua Jabatan dan dibantu oleh 4 orang Ketua Program. Seramai 75 orang pensyarah di JKE.

JKE menawarkan 4 program di peringkat Diploma dan 1 program di peringkat Ijazah. Semua pelajar di JKE diberikan latihan kemahiran akademik dan praktikal yang berkaitan dengan setiap program yang ditawarkan. Pelajar juga didedahkan dengan kemahiran Hands On, Inovasi & Kreatif dan softskill melalui kursus tertentu dan diwajibkan menjalani latihan industri untuk mendapatkan pengalaman di alam persekitaran perkerjaan sebenar. Selain itu pelajar juga dididik dengan kemahiran Perniagaan melalui kursus Entrepreneurship bagi keseimbangan dari segi akhlak dan ilmu dengan meningkatkan minda berpandukan nilai dan keusahawanan.

STRUKTUR KURSUS JKE:
1) Ijazah Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik Perubatan dengan Kepujian -BEU
2) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) - DEP

3) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) - DJK
4) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) - DEU

Tempoh Pengajian
3 Tahun (6 Semester – 5 Semester Pengajian, 1 Semester Latihan Industri)

Visi – Cemerlang dalam bidang pendidikan & latihan
Misi – membentuk budaya kerja cemerlang dalam membangunkan modal insan
Moto – POLITEKNIK PILIHAN UTAMA

 

HUBUNGI KAMI:

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Seksyen U1, Persiaran Usahawan,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Laman Web: www.psa.edu.my
Telefon : +603-5163 4000
Faks : +603-5569 1903
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.