Pilih Bahasa :
 

Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) menyediakan pendidikan serta latihan dalam bentuk kuliah, tutorial, tugasan, projek, dan amali di bengkel/makmal untuk tiga kursus iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan, dan Teknologi Berasaskan Kayu di peringkat diploma.

Sarjana Teknologi dalam Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian merupakan program selama 4 tahun (8 semester) yang menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Kerja. Matlamat program ini adalah untuk menyediakan pendidikan dan latihan yang terbaik untuk pelajar, serta memenuhi tuntutan dalam pengurusan kemudahan di industri hotel, bangunan komersial, perumahan awam atau swasta, dan organisasi lain yang berkaitan.

Tenaga pengajar di JKA terdiri daripada pensyarah berdedikasi dan mempunyai kelayakan peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Ijazah Kedoktoran bagi bidang yang berkaitan. Kualiti tenaga pengajar sentiasa dipertingkatkan melalui kursus/seminar luar atau dalaman, sangkutan industri atau melanjutkan pelajaran.

JKA mempunyai 18 buah makmal dan bengkel yang dilengkapi pelbagai jenis peralatan dan mesin terkini untuk menyokong proses Pengajaran dan Pembelajaran. JKA juga mempunyai Bengkel Perkhidmatan Bangunan yang dilengkapi peralatan seperti Loji Penyamanan Udara, Sistem Pencegah Kebakaran, Sistem Pencahayaan dan sebagainya. Bengkel Teknologi Berasaskan Kayu pula menyediakan kemudahan untuk menjalankan amali berkaitan pulpa & kertas, komposit kayu, pengawetan kayu, CNC kayu dan sebagainya.

Jawatankuasa Penasihat JKA yang terdiri daripada ketua pegawai eksekutif syarikat dan agensi seperti GFM Services Bhd, DP Associate, Al-Madinah International University (MEDIU), Jurutera Perunding Zaaba Sdn. Bhd., SIRIM Berhad, Synergy Network, WISDEC Selangor, Dihnar Group, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,Kuala Lumpur  menjadi penghubung antara JKA dengan industri, memberi cadangan dan saranan untuk memastikan kurikulum sentiasa relevan dengan keperluan industri, memberi sumbangan dari segi kepakaran dan pengalaman serta membantu untuk menyediakan tempat latihan bagi pelajar dan pensyarah.

Graduan JKA berpeluang memasuki pasaran pekerjaan sebagai Juruteknik, Pembantu Teknik, Penyelia Tapak atau Pembantu Penyelidik bagi agensi/firma seperti juruperunding, kontraktor binaan, kontraktor M&E, kilang, syarikat penyenggaraan bangunan, industri berasaskan kayu, agensi kerajaan atau institusi penyelidikan.

MISI: To provide wide access to quality and recognised TVET programmes

          To capitalise on smart partnership with stakeholders

          To develop holistic, entrepreneurial and balanced graduates

          To empower communities through lifelong learning

VISI: To be the Leading-Edge TVET Institution

 

KURSUS YANG DITAWARKAN BAGI PROGRAM DIPLOMA

  1. DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
  2. DIPLOMA KEJURUTERAAN PERKHIDMATAN BANGUNAN
  3. DIPLOMA TEKNOLOGI BERASASKAN KAYU
  4. IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI PENGURUSAN FASILITI DENGAN KEPUJIAN

  

HUBUNGI KAMI:

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Seksyen U1, Persiaran Usahawan,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Laman Web: www.psa.edu.my
Telefon : +603-5163 4000
Faks : +603-5569 1903
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.