Pilih Bahasa :
 
Program Latihan Industri adalah komponen wajib di dalam Kurikulum Politeknik yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pelajar-pelajar peringkat sijil dan diploma dikehendaki menjalani latihan industri selama 20 minggu sebelum menamatkan pengajian. Jumlah kredit yang diperuntukkan bagi program latihan industri adalah 10 jam kredit untuk latihan lapangan, pembentangan, temuduga dan juga laporan penulisan latihan. Sepanjang tempoh program ini, pelajar-pelajar berpeluang untuk menimba pengalaman di dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, pentadbiran, perakaunan, pengurusan, keselamatan dan sebagainya.

Latihan industi yang dijalankan memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktik dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran di dalam pelbagai persekitaran pekerjaan sebenar Setelah tamat latihan, pelajar perlu mencapai objektif-objektif berikut:
• Berkebolehan untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja.
• Berkebolehan untuk berkomunikasi secara efektif.
• Berkebolehan untuk bekerja di dalam pasukan.
• Berkebolehan untuk menulis dokumen teknikal dan membuat pembentangan tentang hasil kerja yang telah di sempurnakan.
• Mempamerkan pemahaman tentang tanggungjawab profesional dan beretika.

Prosedur/Garis panduan Latihan Industri

Program latihan industri secara rasminya mengintegrasikan pendidikan politeknik dan pengalaman kerja di organisasi yang terlibat. 

Sebelum Latihan Industri

Taklimat akan diberikan kepada para pelajar oleh Pegawai Perhubungan Latihan Industri tentang objektif-objektif Program Latihan Industri serta proses dan prosedur bagaimana untuk memohon penempatan latihan industri. Taklimat Akhir akan diberikan dalam tempoh 1 bulan sebelum latihan industri bermula kepada para pelajar yang telah berjaya mendapat penempatan latihan industri. Di dalam fasa ini juga, para pelajar diwajibkan untuk menghantar borang jawapan atau surat tawaran rasmi dari syarikat/organisasi tersebut.

Semasa Latihan Industri

Fasa ini bermula ketika para pelajar melapor diri dan mula menjalani latihan di syarikat/organisasi yang telah ditetapkan. Para pelajar diberi tempoh 1 minggu untuk mengembalikan Kad Pengesahan Lapor Diri. Kad pengesahan ini mengandungi maklumat tentang lokasi latihan industri dan maklumat penyelia yang bertanggung jawab menyelia dan mengawasi pelajar tersebut. Selain menyelia pelajar, penyelia latihan industri juga perlu mengesahkan rekod aktiviti harian yang direkodkan oleh pelajar di dalam buku log pelajar tersebut. Semasa di dalam latihan, prestasi pelajar dinilai oleh penyelia latihan industri berdasarkan kualiti personal dan prestasi kerja pelajar tersebut.

Pensyarah yang dilantik akan melawat lokasi latihan industri semasa tempoh latihan industri bagi tujuan pemantauan pelajar. Ianya bertujuan untuk menilai sejauh mana latihan industri berkenaan telah memberi manfaat kepada pelajar dan institusi.

Selepas Latihan Industri

Selepas menamatkan latihan industri, para pelajar dikehendaki menghantar laporan latihan industri berserta dokumen-dokumen yang berkaitan bagi memenuhi komponen penilaian di dalam program latihan industri ini. Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dihantar kepada UPLI:

i. Laporan Akhir Latihan Industri
ii. Practical Task form
iii. Reflective Journal form
iv. Surat Pengesahan Tamat Latihan Industri

Aplikasi MyInterns