Pilih Bahasa :
 

 

PEPERIKSAAN

Unit Peperiksaan bertanggungjawab terhadap segala aktiviti berkaitan peperiksaan akhir semester di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) bertanggungjawab terhadap segala aktiviti berhubung peperiksaan akhir di politeknik mengikut peruntukan dan garis panduan seperti yang terkandung di dalam  Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Jawatankuasa Peperiksaan PSA terdiri daripada Pengarah (Pengerusi), Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Ketua Unit Peperiksaan (Setiausaha), Ketua-ketua Jabatan Akademik dan  Sokongan serta pegawai yang dilantik oleh Pengarah.

 

 

 

 

PEPERIKSAAN

Unit Peperiksaan bertanggungjawab terhadap segala aktiviti berkaitan peperiksaan akhir semester di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) bertanggungjawab terhadap segala aktiviti berhubung peperiksaan akhir di politeknik mengikut peruntukan dan garis panduan seperti yang terkandung di dalam  Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Jawatankuasa Peperiksaan PSA terdiri daripada Pengarah (Pengerusi), Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Ketua Unit Peperiksaan (Setiausaha), Ketua-ketua Jabatan Akademik dan  Sokongan serta pegawai yang dilantik oleh Pengarah.

 

 

 

MAKLUMAT AM PEPERIKSAAN

 

  ♦ BUKU ARAHAN-ARAHAN PEPERIKSAAN DAN KAEDAH PENILAIAN

BUKU ARAHAN PEPERIKSAAN DIPLOMA

BUKU ARAHAN PEPERIKSAAN SARJANA MUDA

 

1. Permohonan untuk menduduki peperiksaan disebabkan kes-kes tertentu.

Peluang menduduki peperiksaan akhir semester hanyalah SEKALI iaitu pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan pada jadual waktu peperiksaan akhir semester.

Pelajar yang mempunyai sijil sakit (swasta atau kerajaan), bersalin, tersilap rujuk jadual peperiksaan, hujan/ribut, kemalangan, kesesakan jalanraya, kereta/motor rosak, tayar motosikal pancit, tertidur dan sebagainya tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan pada waktu lain semasa berlangsungnya peperiksaan akhir semester. Pelajar perlu mengambil kursus tersebut pada semester berikutnya dan dikira sebagai mengulang kursus.

Markah Penilaian Kerja Kerja Kursus (PKK)  bagi pelajar yang mempunyai sijil sakit akan diambil kira. Pelajar dianggap lulus sekiranya markah PKK pelajar  melebihi 40 peratus.   Sebaliknya, jika markah pelajar kurang daripada 40 peratus, pelajar dianggap gagal bagi kursus berkenaan  dan dikehendaki mengulang kursus.  Pada situasi ini pelajar dianggap sebagai gagal satu kali.

Pelajar yang tidak mempunyai sijil sakit akan diberi Gred F dengan nilai mata 0.00 dan dianggap telah mengambil kursus berkenaan dengan gagal satu kali.

Pelajar yang sakit dan dimasukkan ke wad boleh memohon untuk menduduki peperiksaan akhir di hospital pada tarikh dan waktu yang sama dengan pelajar lain untuk sesuatu kursus itu.

(Rujuk Buku Arahan-Arahan Peperiksaan Dan Kaedah Penilaian:.Bhgn. 3, Para 10 ms. 16)

 

2. Mengulang Penilaian untuk pelajar semester akhir

Status Mengulang Penilaian (MP) hanya akan diberi kepada pelajar semester akhir yang telah melengkapkan jumlah minima jam kredit terkumpul (Sijil:60 dan Diploma:90) dan gagal satu kursus sahaja.  Pelajar semester akhir yang mempunyai kursus ulangan tetapi tidak mendaftar kursus tersebut pada semester akhir, maka pelajar tersebut tidak akan diberi status Mengulang Penilaian. Kursus Ulangan yang tidak didaftarkan pada semester yang sepatutnya akan diberi Gred F dengan nilai mata 0.00.

(Rujuk Buku Arahan-Arahan Peperiksaan Dan Kaedah Penilaian: Bhgn. 4, Para 19.2 ms. 27)

 

3. Slip Pendaftaran Kursus

Pelajar diingatkan untuk membawa slip pendaftaran kursus semasa menduduki peperiksaan akhir semester yang dicetak daripada Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (http://spmp.psa.edu.my)  sebagai bukti layak menduduki sesuatu kursus. 

 

4. Telefon Bimbit

Pelajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke dalam bilik atau dewan peperiksaan seperti yang termaktub di dalam Buku Arahan-Arahan Peperiksaan Dan Kaedah Penilaian Bahagian 2 Arahan-Arahan Am Peperiksaan, Para 8.6.5(v) ms. 11. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Peperiksaan boleh membenarkan pelajar membawa masuk telefon bimbit atas dasar keselamatan dengan memastikan ia dimatikan atau disetkan ke mod senyap  dan diletakkan di atas lantai bersebelahan meja peperiksaan. Jika pelajar disyaki meniru menggunakan telefon bimbit, telefon berkenaan akan dirampas sebagai bahan bukti.

 

5. Keperluan ke Tandas

Pelajar tidak dibenarkan ke tandas semasa peperiksaan berlangsung. Sekiranya perlu, maka pelajar akan diiringi oleh pengawas bertugas ke tandas staf yang berhampiran.

 

KES DAN RAYUAN

 

KES

Seseorang pelajar yang didapati melanggar Arahan-Arahan Am Peperiksaaan Akhir pada perkara 11.1 boleh dikenakan tindakan seperti berikut:-

  1. amaran; atau
  2. dimansuhkan markah penilaian dan diberikan Nilai Mata 0.00

Pelajar yang telah dibuktikan meniru, cuba meniru atau memberi tiru akan dimansuhkan markah peperiksaan akhir bagi semua kursus yang diambil pada semester berkenaan.

RAYUAN

Rayuan pelajar  untuk mengubah status peperiksaan tidak akan dipertimbangkan jika pelajar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan akhir atas faktor kehadiran kurang 80 peratus.  Rayuan hanya akan dipertimbangkan bagi pelajar yang menduduki peperiksaan akhir dan gagal.

Permohonan rayuan untuk mengubah keputusan penilaian hanya akan dilayan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh keputusan rasmi peperiksaan akhir diumumkan iaitu bermula 17 Mei 2020 hingga 31 Mei 2020*.    Rayuan yang dibuat selepas tempoh tersebut tidak akan dilayan.

Pelajar yang ingin membuat permohonan rayuan, perlu terlebih dahulu hadir ke sesi kaunseling di Unit Pengurusan Psikologi sebelum menyerahkan permohonan ke Unit Peperiksaan untuk diproses. Setiap rayuan perlu disertakan bersama maklumbalas, laporan dan dokumen sokongan lain daripada Pegawai Psikologi. Sila klik capaian berikut untuk temujanji bersama Unit Pengurusan Psikologi.

Untuk link temujanji bersama kaunselor: bit.ly/TEMUJANJIRAYUANpeperiksaanDIS2019

Pegawai Psikologi boleh dihubungi melalui:

https://wa.me/60138815268?text=RAYUANDIS2019

https://wa.me/60174253496?text=RAYUANDIS2019

https://wa.me/60139398178?text=RAYUANDIS2019

Permohonan rayuan untuk menyemak semula skrip jawapan peperiksaan hanya akan dilayan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh keputusan rasmi peperiksaan akhir diumumkan iaitu bermula 17 Mei 2020 hingga 31 Mei 2020 *. Rayuan yang dibuat selepas tempoh tersebut tidak akan dilayan. 

Setiap rayuan hendaklah disertakan bayaran wang pos atas nama "PENGARAH POLITEKNIK" yang bernilai:

  1. RM 25.00 setiap kursus (Semakan Skrip)
  2. RM 50.00 (Semakan keputusan penilaian peperiksaan)

(Rujuk Buku Arahan-Arahan Peperiksaan Dan Kaedah Penilaian Para 30 Ms. 31)

Pelajar dikehendaki menggunakan borang yang disediakan dengan memuatnaik borang tersebut melalui capaian berikut:

 

 

TARIKH KEPUTUSAN RASMI

 

TARIKH KEPUTUSAN RASMI

Tarikh keputusan rasmi Peperiksaan Akhir Semester bagi Sesi Disember 2019 ialah pada 16 Mei 2020 bermula pada jam 10.00 pagi*

Keputusan peperiksaan akan dimaklumkan melalui kaedah berikut:-

  1. Melayari http://www.psa.edu.my dengan memilih menu Dunia Kampus, klik Pelajar dan klik menu SPMP; atau pelajar boleh terus melayari ke halaman SPMP di alamat http://spmp.psa.edu.mydengan memasukkan Nama Pengguna: No. kad pengenalan [Contoh : xxxxxxxxxxxxxx {tanpa tanda sengkang; 920808xxxxxx}] dan katalaluan: No. pendaftaran/ no kad matrik pelajar [Contoh : 08DEU10Fxxxx]
  2. Unit Peperiksaan PSA tidak akan mengepos Slip Keputusan Peperiksaan. Pelajar bertanggungjawab untuk mencetak slip keputusan peperiksaan melalui http://spmp.psa.edu.my dan membawanya bersama semasa  pendaftaran  Sesi Jun 2020 *

Makluman : Cetakan Slip Keputusan Peperiksaan Akhir Semester Sesi Disember 2019 boleh dibuat bermula pada 16 Mei 2020 (Sabtu) pada jam 10.00 pagi.

  1. Keputusan Peperiksaan Akhir Semester akan ditahan sekiranya pelajar masih berhutang dengan pihak PSA. Contohnya buku Perpustakaan, wang kebajikan, aman dan lain-lain.

Jika terdapat sebarang aduan atau pertanyaan, sila hantarkan surat anda kepada :-

Pegawai Peperiksaan

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

Persiaran Usahawan,

Seksyen U1, 40150 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan

* Adalah mengikut semester terkini

 

 

 

PROSES DOKUMEN TAMAT PENGAJIAN

 

PROSES DOKUMEN TAMAT PENGAJIAN

Terdapat 3 proses bagi mendapatkan dokumen tamat pengajian di politeknik bagi pelajar semester akhir yang telah lulus semua kursus yang diambil.  

 Proses 1 : Surat Pengesahan

Surat pengesahan tamat pengajian boleh diperoleh di Unit Peperiksaan PSA.

 Proses 2 : Transkrip

Mendapatkan transkrip di Unit Peperiksaan PSA selepas tiga(3) bulan Keputusan Peperiksaan Rasmi diumumkan.

 Proses 3 : Skrol (Sijil Graduan)

Pelajar boleh mendapatkan skrol  selepas selesai majlis Konvokesyen Politeknik dengan 2 kaedah:

  1. Menuntut skrol di kaunter Unit Peperiksaan PSA dengan membawa resit bayaran sijil (Salinan Asal).
  2. Pengeposan. Urusan pengeposan Sijil Graduan hanya dilakukan selepas urusan Konvokesyen Politeknik selesai dilaksanakan. Graduan yang tidak menghadiri majlis konvokesyen juga boleh mendapatkan sijil secara pos dengan menghantar sampul surat beralas (bubble) poslaju (prabayar) yang bernilai RM9 (tidak termasuk GST) yang boleh didapati di mana-mana pejabat pos. Sampul surat poslaju tersebut hendaklah disertakan bersama borang kiriman domestik beralamat sendiri (rujuk contoh dibawah). Sampul tersebut hendaklah dihantar kepada:

                               

                                Unit Peperiksaan

                                Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

                                Persiaran Usahawan , Seksyen U1

                                40150 Shah Alam

                                Selangor Darul Ehsan.

                                Tel no : 03-51634000

 

 Contoh Gambar 

               

              Sijil yang tidak dituntut akan terus disimpan di Unit Peperiksaan PSA.

 

Bayaran Terhadap Permohonan Salinan Sijil / Transkrip Akademik Politeknik

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Persidangan Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik KPT Bil 2/2013 bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam telah bersetuju bayaran akan dikenakan ke atas setiap permohonan salinan Sijil/Transkrip Akademik Politeknik berkuatkuasa 1 Ogos 2013 adalah seperti berikut :

Bil

 Jenis Permohonan

 Kadar Bayaran (RM)

1.

Sijil

50.00

2.

Transkrip

10.00

Permohonan salinan Sijil/Transkrip Akademik Politeknik ini boleh dipohon oleh pelajar yang mempunyai alasan kukuh sahaja.

 Salinan Surat