Pilih Bahasa :
 

 Pendidikan berkualiti tinggi bertaraf antarabangsa

Dipantau secara menyeluruh oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan diselia oleh badan-badan berkuasa yang memantau kawalan kualiti dan perundangan seperti Akta Pendidikan 1996 dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

 

Peluang pekerjaan yang cerah

Kemahiran teknikal yang diperoleh di PSA dapat membantu meningkatkan peluang pekerjaan pelajar di dalam sector perindustrian memandangkan banyak syarikat yang mencari pekerja mahir yang berkelayakan.

Politeknik Berstatus Premier

PSA adalah politeknik bertaraf premier yang telah disasarkan mencapai status Universiti Politeknik pada 2015 serta menjadi institusi pilihan utama di rantau ini.

 

Kepelbagaian kaum dan agama

Populasi pelajar yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama membolehkan para pelajar berinteraksi dan bergaul sesama sendiri sekaligus memupuk semangat untuk hidup dalam suasana aman dan muhibah.

Yuran yang berpatutan

Yuran pengajian mendapat subsidi daripada kerajaan Malaysia.

 

Kemudahan asas

PSA terletak berhampiran pasaraya-pasaraya besar seperti Giant dan Tesco. Selain itu, kemudahan seperti Stadium Shah Alam dan Stadium Melawati juga ada berdekatan PSA. Pada setiap hari Ahad pula, pengunjung boleh bersiar-siar dan membeli belah di Pasar Ahad FAMA yang terletak di kawasan lapang berdekatan stadium. Bagi mereka yang gemar menonton wayang dan bermain boling, ataupun yang mencari lokasi yang sesuai untuk bersuka ria, bolehlah berkunjung ke pasaraya yang berdekatan.

 

Bidang pengajian teknikal yang pelbagai

Menawarkan pelbagai program di dalam bidang teknikal untuk disesuaikan dengan pilihan individu.

 

Akses kepada lebuhraya utama

Kedudukan PSA yang strategik mudah diakses melalui lebuhraya-lebuhraya utama seperti Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Lembah Kelang Baru (NKVE) dan Lebuhraya Persekutuan.

Program Ijazah berkembar

Program ijazah yang menawarkan pendidikan yang berbentuk kos-efektif, berkualiti tinggi dan diiktiraf.

 

Lokasi Strategik

Terletak di tengah-tengah pusat perindustrian di Shah Alam yang juga merupakan salah satu komuniti perindustrian yang paling penting dan terbesar yang ada menawarkan latihan industri dan mudah untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

Kakitangan yang berkelayakan

Tenaga pengajar yang berkelayakan di dalam bidang teknikal yang memberi fokus kepada pengajaran berkualiti.

Perbandaran yang damai dan tenang

Shah Alam yang terkenal sebagai 'bandar dalam taman' menawarkan suasana hidup selesa di samping konsep perbandaran dan landskap yang indah untuk kehidupan yang lebih kondusif dari kesibukan kehidupan bandar.

 

Penggunaan Bahasa Inggeris yang meluas

Bahasa Inggeris digunakan sebagai medium pengantara di dalam kelas untuk mempersiapkan pelajar bagi memenuhi keperluan pekerjaan.

Perkhidmatan pengangkutan awam yang efisien

Kampus ini terletak berhampiran dengan stesen keretapi KTM dan stesen bas, yang mana perkhidmatan bas Rapid K.L serta perkhidmatan teksi mudah didapati untuk kemudahan dan keselesaan para pelajar.

 

Proses pembelajaran yang seimbang di dalam bidang teori dan praktikal

Aspek pembelajaran teori dan praktikal diajar seiringan bagi membolehkan pelajar menguasai kemahiran yang diajar dengan pantas. Selain menghasilkan pelajar yang serba boleh, proses pembelajaran juga menyeronokkan dan meningkatkan semangat pelajar.

Gaya hidup pinggir bandar yang ideal

Kedudukan PSA di pinggir bandar memberi akses kepada para pelajar untuk mencari pangsapuri dan rumah sewa yang bersesuaian dan berpatutan untuk mereka huni yang lengkap dengan kemudahan seperti kedai, restoran, mesin ATM, klinik dan stesen minyak.