red black blue orang mobileWeb w3c rss facebook youtube flickr01 twitter linkedinqrcodeno Edit No   Selamat Datang, Pelawat !
Up

KOKURIKULUM

 

Perhatian kepada semua pelajar Sem Satu Sesi Disember 2012!!!

 

Pendaftaran Online kokurikulum AR201 untuk sesi akan datang (Sesi Jun 2013) bermula pada 01/06/2013-14/06/2013 (14 Hari) .Selepas tarikh 15/06/2013 pendaftaran akan ditutup.

 

Pelajar perlu memilih 1 kelab/persatuan sahaja. Kuota keahlian terhad maksimum 20 orang (kecuali PBSM) utk 1 kelab. Pelajar perlu mendaftar ‘first come first serve’.

 

** Pelajar DEU1 perlu mendaftar kelab PBSM sahaja dan tidak dibenarkan memilih lain-lain kelab/persatuan.

 

 

  1. Pelajar semester satu (1) yang lulus AR101 diwajibkan menganggotai salah satu daripada kelab/persatuan/sukan/badan beruniform yang ditawarkan di PSA.
  2. Mata kredit adalah satu (1).
  3. Bermula Sesi Januari 2008, kehadiran pelajar perlu melebihi 80% untuk lulus kursus AR201. 
  4. Pelajar semester 3, 4, 5 dan 6 digalakkan terus bergiat aktif dalam kelab dan persatuan.

  


Terdapat 17 Persatuan/ Kelab/ Sukan/ Badan Beruniform* yang ditawarkan di PSA seperti di bawah:

Persatuan/ Kelab/ Sukan/ Badan Beruniform* Penerangan
Kaunseling Menerangkan sejarah kaunseling, asas kaunseling, kemahiran kaunseling dan pengurusan organisasi
Tentera Laut(PLAS) Menerangkan sejarah PLAS TLDM, asas kawad, ikatan dan simpulam, pandu arah, baca peta, asas menyelamat dan pengurusan organisasi
Pertahanan Awam (JPA3) Menerangkan sejarah JPA3, asas kawad, ikatan tali, asas menyelamat, baca peta, perkhemahan dan pengurusan organisasi
Kadet Bomba Menerangkan sejarah Bomba, asas menyelamat, ikatan tali, alat pemadam api, tatacara perkhemahan dan pengurusan organisasi
Kelana Siswa Menerangkan sejarah kelana siswa, asas kawad kaki, ikatan tali, asas menyelamat, baca peta, tatacara perkemahan dan pengurusan organisasi
Taekwon-Do Menerangkan sejarah taekwondo, kemahiran asas, asas kepegawaian dan pengadilan, mendemonstrasi teknik asas permainan, serta konsep kecergasan dan kecederaan
Jurulatih Polibriged Menerangkan sejarah Jurulatih Polibriged 2, kemahiran asas polibriged 2, asas kawad kaki, ikatan tali,asas menyelamat, baca peta , tatacara perkhemahan dan pengurusan organisasi
Persatuan Bulan Sabit Merah (Terbuka untuk pelajar DEU sahaja) Menerangkan pengenalan dan sejaran PBSM, kemahiran asas, kawad, istiadat, asas menyelamat, pandu arah, teknik pembalutan, dan pengurusan organisasi
Tarian Tradisional Menerangkan sejarah perkembangan, asas tarian tradisional, teknik koreografi, struktur gerak langkah, dan juga pengurusan organisasi.
Audio Visual Menerangkan sejarah audio visual, kemahiran asas, penggunaan peralatan audio visual, prosedur penggambaran, menggabung jalin penggunaan komputer, serta pengurusan organisasi
Bahasa Inggeris Menerangkan sejarah Bahasa Inggeris, kemahiran asas kelab bahasa Inggeris dan Pengurusan Organisasi
Komputer Menerangkan sejarah komputer, penggunaan komputer, kemahiran kefahaman komputer, dan juga pengurusan organisasi
Ragbi (L) Menerangkan sejarah ragbi, kemahiran asas, asas kepegawaian dan pengadilan,mendemonstrasi teknik asas permainan, serta konsep kecergasan dan kecederaan dan pengurusan organisasi
Bola Sepak (L) Menerangkan sejarah bola sepak, kemahiran asas, asas kepegawaian dan pengadilan,mendemonstrasi, serta konsep kecergasan dan kecederaan
Bola Jaring (P) Menerangkan sejarah bola jaring, kemahiran asas, asas kepegawaian dan pengadilan, serta konsep kecergasan dan kecederaan
Badminton Menerangkan sejarah badminton, kemahiran asas, asas kepegawaian dan pengadilan, serta konsep kecergasan dan kecederaan
Kembara Menerangkan sejarah Kembara, kemahiran asas, teknik membaca peta, penggunaan kompas, kaedah menyelamat, aktiviti serta keperluan, dan juga pengurusan organisasi

*Nota :

  • (P) : Perempuan
  • (L) : Lelaki
  • Pelajar perlu membuat satu pilihan sahaja.
  • PBSM tidak boleh dipohon oleh pelajar lain kecuali DEUsahaja.

Catatan:-

  • Keputusan keahlian kelab adalah muktamad dan sebarang pertukaran tidak dibenarkan.
  • Kuota keahlian setiap kelab adalah terhad maksimum 20 orang (kecuali PBSM), pelajar perlu cepat mendaftar ‘first come first serve"

 


Sebarang masalah berhubung dengan keahlian atau aktiviti kokurikulum, pelajar boleh menghubungi Pegawai Kokurikulum Jabatan masing-masing:-

Jabatan

Nama Pegawai Kokurikulum Jabatan

JKM

En. Mohd. Sharizan Bin Mohd Sharif

JKA

En. Saifulizam Bin Abu Bakar

JKE

En. Abu Bakar Hafis Bin Kahar

JPG

Pn. Suria Md Yusof

Catatan:-

Keputusan keahlian kelab adalah muktamad dan sebarang pertukaran tidak dibenarkan.

 

 

Manual Pra Pendaftaran Online Koko
 
 
Powered by Phoca Download
 Hubungi kami . Aduan/Maklumbalas .  Notis Hakcipta . Penafian . Dasar Privasi & Keselamatan  .  Arkib .  Peta Laman .  Soalan Lazim  . Terma dan Syarat  
Durasi Capaian:
0.2 saat
Jumlah Pelawat:
1489632
Tarikh dikemaskini: Mon-17-06-2013
WCAG 2.0 (Level AA)