red black blue orang mobileWeb w3c rss facebook youtube flickr01 twitter linkedinqrcodeno Edit No   Selamat Datang, Pelawat !

Soalan Lazim


PERHATIAN :
Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Rasmi PSA. Jika anda mempunyai sebarang soalan yang tiada di dalam Soalan Lazim ini, anda boleh mengisi Borang Maklumbalas atau hubungi Bantuan Telefonis PSA

UMI KALSUM BINTI MOHD SHAHRUDIN

Unit Perhubungan Awam - Pegawai Khidmat Pelanggan

NORBAITI BT RIDZUAN

Unit Perhubungan Awam - Pegawai Khidmat Pelanggan
 

Permohonan  Tenaga Pengajar?

Semua permohonan untuk menjadi tenaga pengajar di politeknik seluruh Malaysia adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.Permohonan adalah secara online ( http://www.spp.gov.my ) . Tuan/Puan boleh melayari laman web Suruhanjaya untuk permohonan.Politeknik hanya menerima pensyarah yang telah dilantik oleh Suruhanjaya ini.

Mengapa tidak disediakan mesin ATM di dalam kawasan PSA sebagai kemudahan kepada pelajar dan staf?

Mesyuarat Pengurusan sebulat suara tidak akan memasang mesin ATM di kawasan PSA di atas sebab-sebab keselamatan. Kemudahan ATM boleh didapati di kawasan berhampiran PSA iaitu di TTDI Jaya dan  Giant, Seksyen 13. Pihak Bank Islam juga telah bersetuju untuk memasang ATM di Petronas, Jalan Monfort dan di Space U8, Bukit Jelutong.

 

Mohon pintu belakang Politeknik agar dapat dibuka untuk urusan keluar dan masuk .

Penggunaan pintu pagar di belakang adalah salah satu pilihan yang diberi namun begitu para pelajar mesti menggunakan pintu pagar utama sebagai laluan masuk dan keluar . Tujuan pintu pagar di belakang di kawal adalah untuk mengelakkan pencerobohan orang asing di dalam kawasan Politeknik bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

 

Pelajar perlu memakai ‘coat’ apabila memasuki perpustakaan.Pelajar dikenakan denda jika tidak memakai ‘coat’.Sistem ini akan mengurangkan minat pelajar untuk datang ke perpustakaan.

Pelajar tidak perlu lagi memakai coat untuk masuk ke Perpustakaan mengikut keputusan Mesyuarat Pengurusan PSA.

Apakah yang dimaksudkan dengan KSS?

KSS ialah Kursus Secara Sambilan.Ia memberi peluang pendidikan kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) untuk terus bekerja sambil belajar meningkatkan pengetahuan dan kelayakan akademik melalui konsep " Learn As You Earn ".

 

Berapa yuran kemasukan ke Politeknik, KPTM?

Bayaran yuran kemasukan adalah seperti berikut:

i. Yuran Pengajian : RM200.00 per semester
ii. Yuran Asrama : RM60.00 per semester
iii. Yuran Pendaftaran : Anggaran RM500.00 per semester

 

 Kehilangan Transkrip Peperiksaan

Soalan:Saya nak tanya bagaimana cara untuk saya mendapat kan sijil diploma dan sijil keputusan setiap semester saya di politeknik..sebab semua sijil-sijil saya telah terbakar/banjir...dan saya sangat-sangat memerlukan sijil-sijil ini semula untuk proses mencari kerja.

Jawapan:Tuan/Puan boleh mendapatkan salinan dokumen peperiksaan tuan dari Unit Peperiksaan dengan mengemukakan surat permohonan rasmi kepada Pegawai Peperiksaan, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam.
Unit Peperiksaan PSA terletak di bangunan Pentadbiran, PSA.
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan pegawai di Unit Peperiksaan di nombor talian terus pada waktu pejabat iaitu, 0351634039 (Operator Unit Peperiksaan) atau 0351634036/37/38/40

 

Kemasukan Ke Politeknik

Soalan :Saya Ada Ambil Sijil Pengurusan Di Kl.Diiktirafkan Kerajaan.Saya Ingin Sambung Dipolma Dipoliteknik..Tetapi Kelulusan Spm Kurang Hanya 2 Kredit Kecuali Bm Hanya Lulus Sahaja.Bolehkah Saya Ingin Melanjutkan Diploma Dipoliteknik Itu

Jawapan: Terima kasih kerana saudara berminat untuk menyambung pengajian di politeknik. Untuk mengetahui tentang maklumat lanjut kemasukan ke politeknik sila layari laman sesawang http://www.politeknik.edu.my

 

Sewaan Dewan

Soalan :Bolehkah saya menyewa dewan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah? 

Jawapan: Dewan tidak disewakan kepada pihak luar melainkan staf PSA sahaja.

 

end faq

AddThis Social Bookmark Button
 Hubungi kami . Aduan/Maklumbalas .  Notis Hakcipta . Penafian . Dasar Privasi & Keselamatan  .  Arkib .  Peta Laman .  Soalan Lazim  . Terma dan Syarat  
Durasi Capaian:
0.4 saat
Jumlah Pelawat:
3027120
Tarikh dikemaskini: Wed-23-04-2014
WCAG 2.0 (Level AA)