red black blue orang mobileWeb w3c rss facebook youtube flickr01 twitter linkedinqrcodeno Edit No   Selamat Datang, Pelawat !

Maklumat Am Peperiksaan

Indeks Artikel

1. Permohonan untuk menduduki peperiksaan disebabkan kes-kes tertentu.

Masa untuk menduduki semua kursus pada peperiksaan akhir semester hanyalah SEKALI sahaja iaitu pada tarikh yang telah ditetapkan pada jadual waktu peperiksaan akhir semester.

Pelajar yang mempunyai sijil sakit (swasta atau kerajaan), bersalin, tersilap rujuk jadual peperiksaan, hujan/ribut, kemalangan, kesesakan jalanraya,kereta/motor rosak, tayar motosikal pancit, tertidur dan sebagainya tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan pada waktu yang lain semasa berlangsungnya peperiksaan akhir semester. Pelajar haruslah mengambil kursus tersebut pada semester seterusnya dan dikira sebagai kursus ulangan.

Pelajar yang mempunyai sijil sakit, markah penilaian berterusan kursus tersebut akan diambil kira. Sekiranya pelajar gagal kursus berkenaan maka pelajar dikehendaki mengulang kursus itu dan dianggap telah mengambil kursus berkenaan dan gagal satu kali.

Pelajar yang tidak mempunyai sijil sakit maka pelajar akan diberi Gred F dengan nilai mata 0.00 bagi kursus berkenaan dan dianggap telah mengambil kursus berkenaan dan gagal satu kali.

Pelajar yang sakit dan dimasukkan ke wad boleh memohon untuk menduduki peperiksaan di hospital pada tarikh dan waktu yang sama dengan pelajar lain untuk sesuatu kursus itu.

(Rujuk Buku Arahan-Arahan Peperiksaan Dan Kaedah Penilaian:.Bhgn. 3, Para 10 ms. 16)

 

2. Mengulang Penilaian untuk pelajar semester akhir

 Status Mengulang Penilaian (MP) hanya akan diberi kepada pelajar semester akhir yang telah mencukupkan jumlah jam kredit terkumpul minima (Sijil ialah 60 dan Diploma ialah 90) dan gagal satu kursus sahaja.

Pelajar semester akhir yang mempunyai kursus ulangan tetapi tidak mendaftar kursus tersebut pada semester akhir, maka pelajar tersebut tidak akan diberi status Mengulang Penilaian. Kursus Ulangan yang tidak didaftarkan pada semester yang sepatutnya akan diberi Gred F dengan nilai mata 0.00.

(Rujuk Buku Arahan-Arahan Peperiksaan Dan Kaedah Penilaian: Bhgn. 4, Para 19.2 ms. 27)

 

3. Slip Pendaftaran Kursus

 Pelajar diingatkan untuk membawa slip pendaftaran kursus ( http://spmp.psa.edu.my ) yang dicetak sebagai bukti untuk layak menduduki sesuatu kursus tersebut semasa peperiksaan akhir semester.

 

4. Telefon Bimbit

Pelajar tidak dibenar sama sekali membawa telefon bimbit ke dalam bilik atau dewan peperiksaan. Ini termaktub di dalam Buku Arahan-Arahan Peperiksaan Dan Kaedah Penilaian Bahagian 2 Arahan-Arahan Am Peperiksaan, Para 8.6.5(v) ms. 11 yang menyatakan calon dilarang membawa masuk sebarang alat komunikasi seperti telefon bimbit. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Peperiksaan bersetuju untuk membenarkan pelajar membawa masuk telefon bimbit atas dasar keselamatan tetapi mestilah dimatikan dan diletakkan di atas lantai bersebelahan meja peperiksaan. Jika pelajar disyaki meniru menggunakan telefon bimbit maka, telefon berkenaan akan dirampas sebagai bukti.

 

5. Keperluan ke Tandas

Pelajar diberi masa sebelum bermulanya peperiksaan untuk ke tandas. Pelajar tidak dibenarkan ke tandas semasa peperiksaan berlangsung. Sekiranya perlu, maka pelajar akan diiringi oleh pengawas bertugas ke tandas staf yang berhampiran.

AddThis Social Bookmark Button
 Hubungi kami.Aduan/Maklumbalas.Notis Hakcipta.Penafian.Dasar Privasi & Keselamatan.Arkib Elektronik.Peta Laman.Soalan Lazim.Terma dan Syarat  
Durasi Capaian:
0.4 saat
Jumlah Pelawat:
12172894
Tarikh dikemaskini: Tue-26-09-2017
WCAG 2.0 (Level AA)