red black blue orang mobileWeb w3c rss facebook youtube flickr01 twitter linkedinqrcodeno Edit No   Selamat Datang, Pelawat !

MAKLUMAN : LULUSAN PELAJAR POLITEKNIK YANG MENYAMBUNG PENGAJIAN KE IPTA/IPTS

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) sering menerima permohonan daripada pelajar berkaitan permohonan kurikulum untuk tujuan pemberian pindahan kredit oleh lulusan politeknik yang menyambung pengajian ke IPTA/IPTS.

Sehubungan dengan itu, JPP ingin memaklumkan tatacara permohonan kurikulum yang perlu dipatuhi oleh pihak lulusan politeknik. Pemohon(lulusan politeknik) perlu mengemukakan maklumat seperti berikut :

 

1. Surat rasmi permohonan kurikulum bagi tujuan pindahan kredit (sila serta nama penuh, no matrik, alamat terkini, no tel dan e-mel)

2. Transkrip akademik Diploma/Sijil yang telah disahkan

3. Kod dan nama kursus yang dipohon untuk tujuan proses pengeluaran kurikulum yang berkaitan

4. Surat tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS atau mana-mana institusi berkaitan

Permohonan bertulis hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dengan menulis "PERMOHONAN PINDAHAN KREDIT" di penjuru sebelah kiri sampul.

Pemohon boleh menghantar permohonan lengkap secara bertulis/e-mel kepada :

 

Pengarah Kanan (Akademik)

Jabatan Pengajian Politeknik

Galeria PjH, aras 5, Jalan P4W

Persiaran Perdana, Presint

462100 Putrajaya

(u.p: En Harun bin Sahat) 

http://www.politeknik.gov.my 

 

AddThis Social Bookmark Button
 Hubungi kami.Aduan/Maklumbalas.Notis Hakcipta.Penafian.Dasar Privasi & Keselamatan.Arkib Elektronik.Peta Laman.Soalan Lazim.Terma dan Syarat  
Durasi Capaian:
0.7 saat
Jumlah Pelawat:
12172865
Tarikh dikemaskini: Tue-26-09-2017
WCAG 2.0 (Level AA)