red black blue orang mobileWeb w3c rss facebook youtube flickr01 twitter linkedinqrcodeno Edit No   Selamat Datang, Pelawat !

OSHA

POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHA) POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH


Berpandukan kepada peruntukan Seksyen 16, akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia 1994 ( Akta 514), POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA) berusaha untuk menyediakan dan memelihara suasana dan persekitaran bekerja yang selamat, sihat, bersih, indah dan ceria. Oleh yang demikian, pihak pengurusan PSA akan memastikan setiap individu prihatin dan peka terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan.

Bagi memenuhi keperluan yang dinyatakan, pihak pengurusan PSA telah menggariskan polisi-polisi berikut:
 

  • Mewujudkan budaya kerja selamat dalam semua aktiviti seharian. Ini dilakukan dengan mewujudkan kawasan dan suasana kerja yang selamat, sihat dan sejahtera serta menyediaan sistem dan peralatan keselamatan yang sesuai dan mencukupi.
  • Menyediaan dan menyelenggaraan tempat, kemudahan,peralatan dan sistem kerja yang menjamin keselamatan dan kesihatan pekerjaan supaya ia tidak menimbulkan bencana keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
  • Menyiasat dan melaporkan semua kemalangan, penyakit,keracunan dan kejadian berbahaya serta mengambil langkah-langkahpencegahan ke arah kemalangan sifar.
  • Memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada warga PSA supaya mereka menerima dan mengamalkan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang baik.
  • Menyemak, merancang dan melaksanakan usaha penambahbaikan ke arah menjamin keselamatan secara berterusan

Semua kakitangan bertanggungjawab untuk merialisasikan budaya kerjaselamat dan sihat dengan penuh iltizam seperti mana yang terkandung dalam Manual Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PSA.
 
Berikut adalah Siri Program Pendidikan Keselamatan dan Pertahanan Awam (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) :
 
AddThis Social Bookmark Button
 Hubungi kami.Aduan/Maklumbalas.Notis Hakcipta.Penafian.Dasar Privasi & Keselamatan.Arkib Elektronik.Peta Laman.Soalan Lazim.Terma dan Syarat  
Durasi Capaian:
0.1 saat
Jumlah Pelawat:
12172490
Tarikh dikemaskini: Tue-26-09-2017
WCAG 2.0 (Level AA)