Pengenalan
Indeks Artikel
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) yang dahulunya dikenali sebagai Politeknik Shah Alam terletak di Shah Alam, ibu negeri Selangor Darul Ehsan. Kedudukannya di lokasi strategik, ditambah dengan komitmen dan dedikasi warga kerjanya telah menjadikan PSA sebuah Politeknik dinamik, selari dengan kemajuan akademik dan pembangunan prasarana. Pertukaran nama Politeknik Shah Alam sempena nama Almarhum DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung ke XI yg telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor. Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 8 Mac 2002.
PSA yang sinonim dengan gelaran "Politeknik Super Active" di kalangan rakan seperjuangan telah mengorak langkah menjadi politeknik pertama mendapat persijilan MS ISO 9002:1994 dari SIRIM pada September 1999. Tahun 2002 menyaksikan kejayaan PSA membuat peralihan sistem kualiti kepada MS ISO 9001:2000. Enam jabatan akademik PSA yang terdiri daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, Jabatan Matematik Sains & Komputer dan Jabatan Pengajian Am bersedia menawarkan kursus yang berkualiti melalui tenaga akademik profesional dan terlatih.
| VISI | : | PSA adalah Pusat Kecemerlangan Pendidikan Dan Latihan Yang Disegani. |
| MISI | : | Membudayakan Kerja Cemerlang Dalam Membangunkan Modal Insan. |
| MOTO | : | PSA : POLITEKNIK PILIHAN UTAMA. |
DASAR KUALITI
PSA komited untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada pelanggan melalui kerja berpasukan, kajian semula serta penambahbaikan berterusan.
OBJEKTIF KUALITI PSA
- Mencapai objektif bagi enam bidang kecemerlangan yang telah ditetapkan iaitu :
- Kecemerlangan Akademik
- Kecemerlangan Staf
- Kecemerlangan Kemudahan
- Kecemerlangan Pelajar
- Kecemerlangan Pengurusan dan Kepimpinan
- Kecemerlangan Perhubungan Industri
- Memenuhi kehendak dan harapan pelanggan dalam perkhidmatan pendidikan dan latihan yang berkualiti dalam bidang kejuruteraan dan perniagaan
- Bersedia memberi komitmen sepenuhnya terhadap pembaharuan dan penambahbaikan berterusan dalam proses dalam pemantapan sistem kualiti
- Bekerjasama dalam semangat berpasukan.
- Melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
1. Setiap kerja yang dilaksanakan dimulakan dengan perancangan diikuti dengan pelaksanaan, semakan dan tindakan susulan (plan, check, do, action) Ketelitian dalam kerja yang bersistematik dan konsisten akan menjamin ketepatan keputusan yang diambil.
2. Pensyarah bersikap profesional dalam menjalankan tugas dengan harapan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi intelek, jasmani, emosi, fizikal dan rohani beserta penerapan nilau-nilai murni, sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Pengurusan bersikap profesional dalam membuat keputusan. Keputusan yang dibuat tidak bias yakni tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan bagi mengekalkan organisasi yang berintegriti.
3. Kerja Berpasukan
Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu,organisasi dan komuniti untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan, tanggungjawab bersama,ketoleranan dan perpaduan. Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat.
4. Berorientasikan Pelanggan
Mengutamakan kepuasan hati pelanggan dalam penyampaian perkhidmatan. Keterbukaan dalam mendapatkan maklumbalas pelanggan menerusi saluran Hari Bersama Pelanggan, Kajian Kepuasan Hati Pelanggan, Buku Maklumbalas Pelanggan dan Peti Maklumbalas Pelanggan
5. Sense of Urgency
Memastikan setiap pekerjaan dapat dilaksanakan pada masa yang ditetapkan dengan penetapan bahawa ianya harus dilaksanakan dengan sempurna. Pengurusan masa yang berkesan serta menyusun tugas mengikut keutamaan (priority) dapat menyelesaikan tugas dengan lebih efektif.
6. Berorientasikan Kecemerlangan
PSA membudayakan kecemerlangan dalam setiap pekerjaan yang di lakukan. Mewujudkan Enam Jawatankuasa Bidang Kecemerlangan bagi menggerakkan aktiviti di Jabatan, Bahagian dan Unit. Setiap tugasan yang diberikan disempurnakan dengan baik dan mempunyai mekanisme penilaian semula (post-mortem) selepas selesai tugasan.
7. Kepimpinan Melalui Teladan
Pihak pengurusan menunjukkan teladan kepimpinan yang baik. Pengurusan atasan merupakan role model bagi pekerja dan dalam masa yang sama wujudnya satu budaya keseronokan yang bekerja yang boleh meningkatkan produktiviti organisasi dan motivasi pekerja. Penetapan visi, misi yang jelas dan meyakinkan dapat mendorong staf untuk lebih berusaha sekaligus berjaya menwujudkan organisasi yang cemerlang.
| Hubungi kami . Aduan/Maklumbalas . Notis Hakcipta . Penafian . Dasar Privasi & Keselamatan . Arkib . Peta Laman . Soalan Lazim . Terma dan Syarat | |||||||||
| Durasi Capaian: |
|
Jumlah Pelawat: |
|
|
|||||






