Select Language    :
 

  PENGENALAN KAMSIS 

  1. PSA telah ditubuhkan pada awal 1997 dan memulakan pengambilan pelajar pertama pada 1hb. Julai, 1997.
  2. Pengurusan di PSA terbahagi kepada beberapa jabatan serta bahagian dan Pengurusan Kamsis adalah di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSA.
  3. Pengurusan Kamsis secara hakiki diketuai oleh Pengurus Asrama N32, Pembantu Perubatan U29 (MA), Penyelia Asrama Kanan N22 dan 4 orang Penyelia Asrama N17.
  4. PSA telah menyediakan 3 Blok asrama yang dikenali sebagai Kamsis iaitu Kamsis AMAN (2 tingkat),  Kamsis DAMAI (2 tingkat) dan Kamsis SENTOSA (3 tingkat).
  5. Kamsis PSA mempunyai sebanyak 636 buah bilik yang mampu menempatkan 1272 penghuni.  Seramai 2 orang penghuni akan ditempatkan di setiap bilik dan dibekalkan seunit kunci bagi setiap orang.
  6. Pihak Kamsis perlu menyediakan empat kunci bagi setiap bilik termasuk 1 unit kunci simpanan yang diletakkan di Pejabat Warden. Jumlah keseluruhan kunci bilik adalah  2,544 unit.
  7. Dalam setahun (2 semester) terdapat 4 kali proses pengurusan yang berkaitan dengan keluar masuk penghuni perlu dilaksanakan.
  8. Kemudahan yang disediakan adalah berikut :

     

    1. Klinik Kesihatan
    2. Katil, Tilam, Lampu, Kipas dan Almari.
    3. Pusat Islam
    4. Cyber Cafe (Kamsis Siswi Sahaja)
    5. Kemudahan Beriadah Di Padang Dan Pusat Sukan
    6. Kafeteria
    7. Bangku Rehat Persekitaran
    8. Tandas Dan Bilik Mandi
    9. Bilik Basuh

     

    ADUAN PENYELENGGARAAN

    1. Setiap aduan kerosakan yang dibuat oleh penghuni akan dilaporkan ke Unit Senggaraan dalam masa 24 jam melalui e-Senggaraan.

     

    PENDAFTARAN PENGHUNI ASRAMA

    1. Penghuni asrama akan didaftarkan dengan menggunakan sistem SPMP dan maklumat pelajar dapat dikemaskini.