red black blue orang mobileWeb w3c rss facebook youtube flickr01 twitter linkedinqrcodeno Edit No   Selamat Datang, Pelawat !

Amanat Pengarah

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Selamat datang ke portal Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) – gerbang informasi bagi warga PSA dan para pengunjung.

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)  yang dahulunya dikenali sebagai Politeknik Shah Alam adalah merupakan politeknik ke-8 yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan pembinaanya diluluskan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-6 melalui peruntukan pinjaman Bank Dunia. Pertukaran nama Politeknik Shah Alam kepada Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, mengambil sempena nama Almarhum DYMM Seri Paduka baginda Yang DiPertuan Agong Ke-XI telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 8 Mac 2002.

Dalam memastikan kecemerlangan institusi, PSA sentiasa mengorak langkah seiring dengan keperluan semasa. PSA kini meneruskan kesinambungan daripada Pelan Strategik Negara (PSPTN) dengan mengorak langkah ke arah melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pengajian Tinggi (PPPM PT). Pelaksanaan PPPM PT ini bakal melahirkan graduan TVET berkualiti tinggi yang akan memenuhi keperluan industri. Sesuai dengan aspirasi negara sebagai negara maju, PSA dengan visi dan misinya mampu melahirkan modal insan yang cemerlang dalam semua bidang yang ditawarkan. 

Bagi menjamin dan memantapkan lagi kualiti program-program yang ditawarkan, PSA telah mendapat akreditasi penuh bagi program Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dan 12 program diploma yang lain daripada Malaysian Qualification Agency (MQA). Ini secara tidak langsung menjadikan PSA salah sebuah hab kecemerlangan pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1997, PSA telah melahirkan seramai 34,456 graduan daripada bidang kejuruteraan dan perdagangan. Pada Oktober 2016 yang lalu menyaksikan detik bersejarah apabila PSA telah melahirkan graduan ijazah bagi program Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti. PSA merupakan Politeknik Malaysia pertama yang melahirkan graduan sulung dalam bidang Sarjana Muda. 

PSA telah merangka pelbagai perancangan bagi melahirkan graduan TVET yang memenuhi keperluan industri. Antaranya ialah pelaksanaan Work Based Learning (WBL) yang mana proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bukan sekadar dilaksanakan melalui kuliah di kampus, malahan program ini juga dipermantapkan lagi dengan latihan yang terancang melalui program ‘On Job Training’ (OJT). Latihan ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran pelajar disamping mendedahkan mereka kepada alam pekerjaan yang sebenar.

PSA juga giat menjalin kolaborasi dengan pelbagai industri bagi memberi lebih pendedahan dan latihan kepada pelajar agar seiring dengan kehendak industri yang terkini. Antara industri-industri yang sedang bekerjasama dengan PSA adalah Advance Pact Sdn. Bhd, Faber Group, Western Digital, Elektriksola (Malaysia) Sdn Bhd, Construction Industry Development Board (CIDB) Holdings Sdn Bhd, F&N Beverages & Dairies Sdn Bhd & FE Magnet Bhd dan banyak lagi. Selain daripada itu, PSA juga turut berkolaborasi dengan institusi pendidikan yang lain seperti Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaya, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia,Universiti Teknikal Melaka manakala peringkat antarabangsa adalah Politeknik Shenzhen, China.

Dalam usaha untuk merancakkan program-program inovasi di Malaysia, sepanjang tahun 2016, PSA bergiat aktif dalam menyertai pelbagai pertandingan inovasi. Antaranya ialah Public Private Research Network (PPRN). PPRN merupakan inisiatif inovatif Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bagi menggalakkan program inovasi yang berasaskan permintaan dalam memacu peningkatan produktiviti serta mengukuhkan pembangunan ekonomi Malaysia.

Sepanjang tahun 2016, PSA menerusi para penyelidik telah berjaya memperoleh 15 geran projek PPRN yang jumlahnya adalah sebanyak RM 534,524.00. Pada bulan Ogos yang lalu projek pertama yang berupa mesin pembancuh sos Char Kuey Teow telah berjaya dihasilkan dan diserahkan kepada pemilik syarikat Kaw Licious Enterprise. Sehingga hari ini, terdapat 6 projek yang telah berjaya disiapkan.

Selain daripada itu, para pensyarah PSA telah berjaya dalam menyertai pelbagai program dan pertandingan inovasi di pelbagai peringkat samada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Antara pertandingan yang disertai adalah Eureka Innovation Exhibition EIE2016 Competition, International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2016, Innovation and Invention in Education Competition 2016 – 2IEC16, Innovation & Competition Exhibition (iCompex) 2016, International Innovation, Design & Articulation (IDEA) 2016 dan banyak lagi.

PSA bukan sahaja bermatlamat melahirkan graduan yang berjaya dalam pencapaian akademik semata-mata, namun turut menggalakkan penglibatan pelajar dalam bidang sukan, kokurikulum dan kebudayaan. Ini dapat dilihat, apabila para pelajar turut berjaya meletakkan nama dalam kejohanan-kejohanan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. PSA juga turut berkolaborasi dengan kelab ragbi COBRA Malaysia bagi memantapkan lagi pasukan ragbi PSA.

Akhir kata, PSA komited dalam menjadi peneraju TVET  terulung yang relevan industri dan melahirkan graduan holistik dan berciri keusahawanan dengan menyediakan akses kepada program TVET yang dinamik, berkualiti dan diiktiraf melalui kurikulum yang responsif.

Sekian.

PSA : Politeknik Pilihan Utama

 

KOL. BERSEKUTU (PA) HJ TAJUDDIN BIN ABDUL RASHID K.M.N

PENGARAH

POLITEKNIK PREMIER SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

 

 

AddThis Social Bookmark Button
 Hubungi kami.Aduan/Maklumbalas.Notis Hakcipta.Penafian.Dasar Privasi & Keselamatan.Arkib Elektronik.Peta Laman.Soalan Lazim.Terma dan Syarat  
Durasi Capaian:
0.9 saat
Jumlah Pelawat:
12151692
Tarikh dikemaskini: Tue-19-09-2017
WCAG 2.0 (Level AA)