red black blue orang mobileWeb w3c rss facebook youtube flickr01 twitter linkedinqrcodeno Edit No   Selamat Datang, Pelawat !

Perubahan Tarikh Perlaksanaan Latihan Industri Sesi Jun 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa, Unit Perhubungan Dan Latihan Industri telah menerima surat dari Jabatan Pengajian Politeknik berkenaan Perubahan Tarikh Perlaksanaan Latihan Industri Sesi Jun 2012.

Merujuk kepada Kalendar Akademik Tahun 2012 yang diluluskan pada 11 Mei 2012 didapati perlaksanaan Latihan Industi (LI) bagi Sesi Jun 2012 adalah selama 21 minggu berbanding 22 minggu seperti yang disyaratkan dalam dokumen kurikulum AT401. Bagi melengkapkan tempoh perlaksanaan LI, tarikh tamat LI dilanjutkan sehingga 7 Disember 2012. Ini bermaksud perlaksanaan LI bagi Sesi Jun 2012 ialah bermula pada 9 Julai hingga 7 Disember 2012.

Untuk makluman pelajar, pihak UPLI telah menyalurkan maklumat tentang perubahan tarikh perlaksanaan Latihan Industri ini kepada pihak syarikat secara bertulis.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, bolehlah berhubung terus ke UPLI.

AddThis Social Bookmark Button
 Hubungi kami . Aduan/Maklumbalas .  Notis Hakcipta . Penafian . Dasar Privasi & Keselamatan  .  Arkib .  Peta Laman .  Soalan Lazim  . Terma dan Syarat  
Durasi Capaian:
0.1 saat
Jumlah Pelawat:
1495058
Tarikh dikemaskini: Tue-18-06-2013
WCAG 2.0 (Level AA)