red black blue orang mobileWeb w3c rss facebook youtube flickr01 twitter linkedinqrcodeno Edit No   Selamat Datang, Pelawat !

Latihan Industri

Indeks Artikel

Pengenalan

LATIHAN INDUSTRI adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program LI diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus LI memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya.

Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif professional dan pelaporan. Kursus ini akan membina semangat dan sikap yang proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

HASIL PEMBELAJARAN 

Selepas melengkapkan kursus Latihan Industri, pelajar seharusnya mampu:-

  1. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja.
  2. Berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai peringkat.
  3. Mengamalkan kerja berpasukan.
  4. Profesional dan beretika dalam mematuhi dasar-dasar, prosedur dan kaedah - kaedah di dalam organisasi.
  5. Menerangkan tugas-tugas yang diberikan (semasa LI) mengikut format yang ditetapkan.

 

 

Pelajar Latihan Industri Kod Lama (T3410) dikehendaki melengkapkan dan menyerahkan :-

  1. Laporan Pengesahan Latihan Industri Pelajar
  2. Borang Penilaian Prestasi Latihan Industri
  3. Buku Laporan Harian Latihan Industri
  4. Laporan Latihan Industri

Pelajar Latihan Industri Kod Baru (AT401) dikehendaki melengkapkan dan menyerahkan:-

 

  1. Borang Penilaian Latihan Praktikal (Practical Task Form – Appendix 1)
  2. Borang Penilaian Jurnal Refleksi (Reflective Journal – Appendix 2)
  3. Surat Pengesahan Tamat LI
  4. Buku Jurnal Refleksi
  5. Laporan Akhir LI yang telah lengkap (TANPA JILID)
  6. Dokumen Pengesahan Perlaksanaan Kajian LI (BAGI PELAJAR PROGRAM DBK dan DKA sahaja)

 

DOKUMEN TAMBAHAN YANG PERLU DIKEMUKAKAN OLEH PELAJAR PROGRAM DKA DAN DBK:-

  • DOKUMEN PERLAKSANAAN KAJIAN KEBERKESANAN LATIHAN INDUSTRI SESI JUN 2013 BAGI PELAJAR DIPLOMA TEKNOLOGI BERASASKAN KAYU (DBK) DAN DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM (DKA)
Dokumen boleh diperolehi dengan mengisi Borang Soal Selidik di laman web berikut : http://www.LIpoly.my dan dicetak melalui e-CETAK.

*Pelajar LI kod baru sila pada ‘Penilaian Latihan Industri (Semua Program)’ untuk maklumat lebih lanjut.

 

AddThis Social Bookmark Button
 Hubungi kami.Aduan/Maklumbalas.Notis Hakcipta.Penafian.Dasar Privasi & Keselamatan.Arkib Elektronik.Peta Laman.Soalan Lazim.Terma dan Syarat  
Durasi Capaian:
0.9 saat
Jumlah Pelawat:
12173430
Tarikh dikemaskini: Tue-26-09-2017
WCAG 2.0 (Level AA)