red black blue orang mobileWeb w3c rss facebook youtube flickr01 twitter linkedinqrcodeno Edit No   Selamat Datang, Pelawat !

Kejuruteraan Awam

Indeks Artikel

 

Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) menyediakan pendidikan serta latihan dalam bentuk kuliah, tutorial, tugasan, projek, dan amali di bengkel/makmal untuk tiga kursus iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan, dan Teknologi Berasaskan Kayu di peringkat sijil dan diploma.

Tenaga pengajar di JKA terdiri dari pensyarah berdedikasi dan mempunyai kelayakan peringkat Sarjana Muda dan Sarjana bagi bidang yang berkaitan. Kualiti tenaga pengajar sentiasa dipertingkatkan melalui kursus/seminar luar atau dalaman, sangkutan industri atau melanjutkan pelajaran.

JKA mempunyai 14 buah makmal dan bengkel yang dilengkapi pelbagai jenis peralatan dan mesin terkini untuk menyokong proses Pengajaran dan Pembelajaran. JKA juga mempunyai Bengkel Perkhidmatan Bangunan yang dilengkapi peralatan seperti Loji Penyamanan Udara, Sistem Pencegah Kebakaran, Sistem Automasi Bangunan, Sistem Pencahayaan, Sistem Sekuriti dan sebagainya. Bengkel Teknologi Berasaskan Kayu pula menyediakan kemudahan untuk menjalankan amali mengenai pulpa & kertas, komposit kayu, pengawetan kayu, CNC kayu dan sebagainya.

Jawatankuasa Penasihat JKA yang terdiri dari ketua pegawai eksekutif syarikat dan agensi seperti Juruperunding Zaaba, SIRIM, Malaysian Timber Council, IEM, Syarikat Binaan Masa dan Persatuan Pengurusan Kompleks menjadi penghubung antara JKA dengan industri, memberi cadangan dan saranan untuk memastikan kurikulum sentiasa relevan dengan keperluan industri, memberi sumbangan dari segi kepakaran dan pengalaman serta membantu untuk menyediakan tempat latihan bagi pelajar dan pensyarah.

Graduan JKA berpeluang memasuki pasaran pekerjaan sebagai Juruteknik, Pembantu Teknik, Penyelia Tapak atau Pembantu Penyelidik bagi agensi/firma seperti juruperunding, kontraktor binaan, kontraktor M&E, kilang, syarikat penyenggaraan bangunan, industri berasaskan kayu, agensi kerajaan atau institusi penyelidikan.

MISI:Menyediakan pendidikan serta latihan yang bertaraf dunia untuk golongan subprofesional di dalam bidang Kejuruteraan Awan, Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan, dan Teknologi Berasaskan Kayu.

VISI: Menyediakan latihan pendidikan yang berkualiti sejajar dengan perubahan teknologi dan permintaan pelanggan melalui kerja sepasukan serta penambahbaikan yang berterusan.

 

AddThis Social Bookmark Button
 Hubungi kami.Aduan/Maklumbalas.Notis Hakcipta.Penafian.Dasar Privasi & Keselamatan.Arkib Elektronik.Peta Laman.Soalan Lazim.Terma dan Syarat  
Durasi Capaian:
0.3 saat
Jumlah Pelawat:
3730795
Tarikh dikemaskini: Wed-20-08-2014
WCAG 2.0 (Level AA)