red black blue orang mobileWeb w3c rss facebook youtube flickr01 twitter linkedinqrcodeno Edit No   Selamat Datang, Pelawat !

Majlis Perwakilan Pelajar

Indeks Artikel

MPP adalah merupakan perancang & pelaksana aktiviti-aktiviti pelajar di peringkat politeknik di bawah bimbingan dan nasihat Penasihat MPP dan Penyelaras MPP.

Mulai Sesi Januari 2010 pemilihan ahli MPP adalah melalui Pilihanraya Kampus.

 

Objektif Penubuhan MPP

  1. Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa.
  2. Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di memaksimumkan penggunaan kemudahan yang sedia ada di politeknik.
  3. Merancang dan melaksana pelbagai aktiviti pelajar.
  4. Menggalakkan penyertaan aktif pelajar pelbagai etnik dan agama dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.
  5. Menjadi pengantara pelajar dengan pihak pengurusan.
  6. Membantu pihak berkuasa politeknik memelihara disiplin pelajar

 

Syarat Calon Ahli MPP

  1. Hanya pelajar yang berdaftar sepenuh masa sahaja boleh dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.
  2. Pelajar semester 1 yang belum pernah menduduki peperiksaan pertama di mana-mana politeknik TIDAK dibenarkan menjadi calon. 
  3. HPNM TIDAK kurang daripada 2.75.
  4. Pelajar yang sedang menunggu keputusan perbicaraan tatatertib atau yang pernah dikenakan tindakan tatatertib TIDAK layang bertanding.
  5. Berpengalaman dalam kepimpinan dan pernah memberi sumbangan kepada politeknik adalah digalakkan menjadi calon. 
  6. Syarat-syarat menjadi calon di atas adalah terbatal dengan kebenaran Ketua Eksekutif kecuali perkara 'a','b' dan 'c'.

 

Prosedur Perlucutan Jawatan Ahli MPP

Seseorang ahli MPP akan terlucut jawatannya secara otomatik sekiranya :

  1. Sedang menunggu keputusan perbicaraan tatatertib.
  2. Didapati bersalah atas satu-satu kesalahan tatatertib.
  3. Menduduki peperiksaan terakhir tempoh pengajian.
  4. Mengulang pengajian.
  5. Tidak Menduduki peperiksaan semasa memegang jawatan di dalam MPP tanpa sebarang sebab.
  6. Memohon berhenti atau diberhentikan pengajian.
  7. Berpindah tempat pengajian.
  8. Menangguh pengajian. 

 

AddThis Social Bookmark Button
 Hubungi kami.Aduan/Maklumbalas.Notis Hakcipta.Penafian.Dasar Privasi & Keselamatan.Arkib Elektronik.Peta Laman.Soalan Lazim.Terma dan Syarat  
Durasi Capaian:
0.5 saat
Jumlah Pelawat:
12151615
Tarikh dikemaskini: Tue-19-09-2017
WCAG 2.0 (Level AA)