KEMASUKAN KE POLITEKNIK 

1. Bagaimanakah caranya untuk memohon kemasukan ke Politeknik KPTM?

    Permohonan kemasukan ke Politeknik KPTM dilaksanakan dalam 2 sesi: 

    Sesi Pertama    : Permohonan dibuka pada bulan Feb/Mac dan ditutup 3 minggu selepas diiklankan.
    Sesi Kedua       : Permohonan dibuka pada bulan Sept/Okt dan ditutup 3 minggu selepas diiklankan. Iklan
                                 kemasukan akan dipaparkan di dalam media cetak tempatan iaitu :
                                • Mingguan Malaysia
                                • Berita Minggu Metro Ahad
                                • he Borneo Post (Sabah and Sarawak) 
                                • The Daily Express (for Sabah)
                                • The Star 

2. Apakah kursus yang ditawarkan di Politeknik, KPTM?

    Kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut: 

    i. Kursus peringkat sijil bagi lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional)
      (SPMV)/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/Sijil Luar Negara yang setara SPM.
    ii. Kursus peringkat diploma bagi lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional)
       (SPM(V)/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/Sijil Luar Negara yang setara SPM.
    iii. Kursus peringkat diploma bagi lulusan Sijil Politeknik, KPTM
    iv. Program Bridging bagi lulusan Sijil Kolej Komuniti, KPTM
    v. Program Sijil Kemahiran untuk pelajar berkeperluan khas. 

3. Berapa lamakah bidang pengajian di Politeknik, KPTM?

   
Pengajian di Politeknik adalah seperti berikut: 
        i. Kursus Peringkat Sijil  : 4 semesterii.
        ii. Kursus Peringkat Diploma : 6 semester 

4. Berapa yuran kemasukan ke Politeknik, KPTM?

    Bayaran yuran kemasukan adalah seperti berikut: 

    i. Yuran Pengajian : RM200.00 per semester 
    ii. Yuran Asrama : RM60.00 per semester
    iii. Yuran Pendaftaran : Anggaran RM500.00 per semester 

5. Apakah kursus yang ditawarkan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah
    Alam?

    Kursus yang ditawarkan di PSA adalah :

    Peringkat Sijil :
    • Sijil Kejuruteraan Awam
    • Sijil Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
    • Sijil Teknologi Berasaskan Kayu
    • Sijil Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
    • Sijil Kejuruteraan Mekanikal
    • Sijil Pengajian Perniagaan
    
    Peringkat Diploma :
    • Diploma Kejuruteraan Awam
    • Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
    • Diploma Teknologi Berasaskan Kayu
    • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
    • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)
    • Diploma Kejuruteraan Elektronik
    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal
    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan)
    • Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat
    • Diploma Insurans
    • Diploma Pemasaran
    • Diploma Pengajian Perniagaan (Pengurusan)
    • Diploma Pengajian Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa)